Saya ‘burn out’, izinkan saya untuk berehat - Zahnita Wilson - Utusan Malaysia

Saya ‘burn out’, izinkan saya untuk berehat – Zahnita Wilson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kepenatan melampau atau ‘burn out’ menjadi punca utama pelakon dan peragawati, Zahnita Wilson,40, enggan menjawab segala dakwaan bekas rakan niaga yang kini dilemparkan kepadanya.

Menurut Zahnita, disebabkan perkara itu dia memerlukan masa untuk berehat daripada perniagaan pai yang diusahakan bagi memberi ruang buat dirinya mencari ketenangan.

“Saya berada di ambang keletihan yang terlalu penat (burnout).

“Saya letih dari segi mental, emosi dan fizikal, jadi izinkan saya untuk berehat.

“Saya akan kembali mengambil pesanan dalam masa satu minggu lagi, terima kasih banyak atas sokongan anda,” katanya.

Zahnita berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya hari ini.

Dalam hantaran lain, Zahnita mempelawa para media untuk hadir ke sebutan kes cerai dia dengan suami iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 18 April ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Menurut Zahnita terdapat tiga kes yang akan berjalan serentak iaitu melibatkan hadanah, interim injunksi dalam menghalang gangguan dan memulangkan barang peribadi.

Ini termasuk penyalahagunaan anak di media sosial serta lantikan hakam keluarga bagi kedua-dua belah pihak.

Zahnita juga akan menjawab segala persoalan media selepas selesai prosiding kes berkenaan di mahkamah.

Pada Jumaat, Zahnita berkongsi laporan kesihatan dikeluarkan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang dan dipercayai itu sebagai respons kepada Hanisah yang mendakwa dia tidak pernah dikasari suaminya.
5.5.

Menerusi hantaran berbeza, Zahnita turut berkongsi perbualan WhatsApp bersama peguam memaklumkan pihak pembelaan mahu memfailkan representasi menggugurkan atau meminda akta bagi tuduhan kes keganasan rumah tangga.

Kes itu akan disambung semula untuk proses dokumentasi pada 14 Mei 2025.

Terdahulu, Hanisah kononnya mendedahkan sikap sebenar Zahnita yang didakwa sengaja mereka cerita berkaitan hal rumah tangga bersama suami iaitu Abdul Zackery.

Menurut Hanisah, kisah Zahnita dianiaya oleh suaminya adalah tidak benar.

Malah Hanisah juga menganggap Abdul
Zackery adalah orang yang sentiasa memberi sokongan terhadap isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN