Rakam, muat naik di YouTube, tiada beza dengan cetak rompak - Iman Tang - Utusan Malaysia

Rakam, muat naik di YouTube, tiada beza dengan cetak rompak – Iman Tang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH : Pemilik ICON Entertainment, Iman Tang, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan badan-badan tertentu untuk mendapatkan hakcipta setiap konsert anjuran mereka yang disiarkan mana-mana pihak di YouTube termasuk Konsert Cipta M N45IR yang selesai berlangsung semalam.

Menurut Iman, keutamaannya adalah setiap video rakaman itu yang disiarkan di YouTube, hakcipta itu akan kembali kepada ICON Entertainment.

“Apa saja mereka ‘upload’ akan kembali pada kami. Kita faham rakam itu bagus. Kalau Instagram tiada unsur ‘monitize’ tapi YouTube ada monitize dan tujuan mereka untuk buat duit.

“Jangan bohonglah kata saya suka M Nasir dan nak upload di YouTube. Saya tak suka dan tak faham orang-orang ini kenapa. Kamu dah bayar tiket.

“Nak jadi orang nombor satu, orang yang paling ‘in’, paling cepat nak upload. Ini hakcipta orang, untuk menayangkan,” katanya.

Selain itu, Iman berkata, tindakan yanh dilakukan oleh individu seperti itu tiada beza dengan pihak yang melakukan kerja-kerja mencetak rompak.

“Saya bergaduh dengan orang yang jual baju M Nasir masa konsert Cipta di tepi Axiata Arena, Bukit Jalil. Dahlah buruk cetakannya.

“Dia boleh tanya saya, tak boleh jual ke? Salah ke? Saya kata kamu call M Nasir tanya dia kamu ada bayar dia ke. Penjual itu tanya kena bayar ke?

“Dia jawab saya ‘support local’. Tolonglah ini bukan ‘support’. Ini melacurkan hakcipta. ‘Support’ itu lain. Kamu beli baju itu baru betul. Ini yang orang kena faham,” katanya.

Dalam pada itu, Iman mengakui , pihaknya tidak sempat menguatkuasakan peraturan itu untuk Konsert Cipta Raya M N45IR di Zepp Kuala Lumpur semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya