Pembedahan plastik tak salah, asalkan tidak berlebihan - Rossa

Pembedahan plastik tak salah, asalkan tidak berlebihan – Rossa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal antarabangsa, Datuk Seri Rossa berpendapat, tindakan mana-mana artis dan selebriti ada hak melakukan pembedahan plastik asalkan ia tidak dilakukan secara berlebihan hingga mengubah wajah asal.

Menurut Rossa atau nama sebenarnya, Rossa Roslaina Handiyani, ada banyak kemungkinan atau sebab mengapa masing-masing melakukan tindakan itu.

“Pada pendapat saya, tidak salah untuk membuat pembedahan plastik cuma jangan terlampau berlebihan.

“Tetapi kena pastikan juga ia tidak mengubah keseluruhan wajah asal secara drastik. Bagaimanapun ia terpulang pada diri sendiri dan juga bajet mereka,”katanya.

Rossa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Ukhwah Rossa bertempat di Saloma Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Rossa, dia secara peribadi menganggap ramai melakukan pembedahan plastik sebagai sebahagian daripada rawatan penjagaan dan kecantikan diri.

“Bagi saya, zaman sekarang ramai yang sudah melakukan pembedahan plastik tetapi bergantung dengan niat sama ada ia dilakukan untuk merawat atau mengubah suai wajah kerana rasa tidak berpuas hati dengan muka sendiri.

“Boleh jadi juga kalau ia dilakukan kerana ia menganggu kesihatan diri atau tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, terpulang kepada niat mereka,”ujarnya.

Selain itu, Rossa berkata, tekanan industri hiburan juga menyebabkan selebriti wanita yang sering menjadi sasaran kecaman hanya kerana penuaan wajah atau perubahan fizikal.

“Sekarang bukan cuma selebriti justeru hampir semua orang boleh melakukan pembedahan plastik. Ketika ada kemahuan, ada biaya (wang), semuanya boleh.

“Tapi untuk industri hiburan sendiri, memang betul, khalayak kebanyakan gemar memberi komen terhadap penampilan artis sama ada dari segi penampilan dan sebagainya. Itu memang omongan (perkara) yang harus diterima dan sedih sebetulnya.

“Kita hakikatnya berharap mudah-mudahan hanya karya yang dihargai. Bagaimanapun, kita juga harus menghargai orang yang memilih untuk tidak melakukan operasi plastik mahupun sebaliknya kerana semuanya adalah hak peribadi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rossa bakal mengadakan konsert Here I Am di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 14 Jun nanti.

Konsert terbabit turut menampilkan Ariel Noah, Dipha Barus, Ernie Zakri dan MK K-Clique.

Sebelum ini, ibu anak satu itu pernah menjayakan dua siri jelajah di tiga negara menerusi konsert Rossa 25 Shining Years (2022) dan Another Journey: The Beginning (2023) yang berjaya menarik lebih 80,000 penonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN