Beri duit raya, saya harap dapat buat awak tersenyum - Ruhainies - Utusan Malaysia

Beri duit raya, saya harap dapat buat awak tersenyum – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti sensasi, Ruhainies, 32, bermurah hati dengan memberikan duit raya kepada beberapa pengikut terpilih di Instagram.

Menurut Ruhainies, tindakan itu dilakukannya setelah menerima banyak dm dan mesej di media sosial sejak sambutan hari raya lalu sekali gus menggerakkan hatinya untuk berbuat demikian bagi menyuntik senyuman di wajah mereka yang terpilih.

“Saya terima banyak sangat dm mereka yang nak duit raya. Comel lah awak semua. Ada yang nak bayar rumah sewa, ada yang nak bayar yuran kolej, ada yang nak bayar pinjaman bulanan kereta dan macam macam lagilah.

“Sayangku, saya cuma nak kongsi duit raya. Tak adalah sampai ribu-ribu seorang, boleh pengsan saya macam ini. Mari tinggal
dengan saya teruslah (seloroh).

“Saya nak beri RM3O atau RM50 saja. Tetapi saya akan pilih cuma 10 orang okey, kalau mood baik mungkin kasi lebih dari 10 orang. Alahai, ini saja-saja je untuk seronok. Cukuplah untuk awak beli aiskrim ke atau beli mainan untuk anak,”katanya di Instagram Story.

Pada masa yang sama, pelakon ini turut meminta agar semua pengikutnya mendoakan dirinya supaya dilimpahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

Tidak cuma itu, Ruhainies juga berharap mana-mana individu terpilih yang mendapat pemberian duit raya daripadanya dapat menggunakan wang tersebut sebaiknya.

“Kepada yang dah terima duit raya, saya harap saya dapat membuatkan anda tersenyum, sama seperti saya tersenyum dan gembira hari ini. Guna sebaiknya ya, walaupun tak banyak mana tetapi saya gembira mendengar jika awak pun gembira.

“Tolong doakan saya supaya saya boleh beri lebih lagi. Insya-Allah. Anis tak tahu antara doa awak semua doa siapa yang diangkat.

“Rezeki orang yang dapat hari ini pun sebenarnya dah tertulis. Yang tak dapat jangan sedih, ada rezeki nanti saya akan kongsikan lagi okey,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya