BamBam, (G)I- DLE bakal gamatkan Stadium Merdeka - Utusan Malaysia

BamBam, (G)I- DLE bakal gamatkan Stadium Merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Buat julung kalinya, Live Universe bakal menganjurkan konsert mega yang menampilkan dua nama besar industri K-Pop, iaitu kumpulan (G)I-DLE dan artis solo popular BamBam dari GOT7.

Konsert ini dijadual berlangsung pada 14 Jun 2025 bertempat di lokasi ikonik, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Apa yang menjadikan konsert ini begitu istimewa ialah ia merupakan konsert K-Pop pertama yang berlangsung di Stadium Merdeka, sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat peminat muzik Korea di Malaysia.

“Kami berdedikasi untuk membawakan pengalaman yang tiada tandingan kepada peminat K-Pop di Malaysia.

“Sebagai tuan rumah kepada (G)I-DLE dan BamBam di Stadium Merdeka, acara ini bukan sekadar konsert tetapi satu pencapaian bersejarah,” menurut kenyataan rasmi Live Universe.

(G)I-DLE mula debut pada 2018 di bawah Cube Entertainment dan kumpulan yang dianggotai oleh Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi, dan Shuhua ini terus mencuri perhatian dunia dengan identiti muzik yang unik dan visual yang memukau.

Lagu-lagu seperti ‘Latata, Oh My God, dan Tomboy’ bukan saja viral, malah berjaya menduduki carta-carta teratas di Korea dan antarabangsa.

Album mereka I Never Die turut mendapat pengiktirafan majalah TIME sebagai salah satu The Best Albums of 2022.

BamBam pula mula dikenali sebagai ahli kumpulan GOT7 dan kini menempa nama sebagai penyanyi solo dengan pesona tersendiri.

Dikenali dengan gaya fesyen yang bold dan persembahan bertenaga, kehadiran BamBam dalam konsert ini pastinya akan menggamatkan suasana.

Tiket-tiket untuk konsert ini akan dijual secara eksklusif di Ticket2U.com.my bermula 16 April
2025, jam 12 tengah hari.

Peminat yang membeli tiket awal boleh menikmati tawaran istimewaearly bird, menerima diskaun 10% ke atas harga tiket yang disenaraikan di bawah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya