Artis bermasalah memang saya tak ambil - Michael Ang - Utusan Malaysia

Artis bermasalah memang saya tak ambil – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penerbit dan pelakon, Michael Ang, 55, mengakui tidak berminat untuk memilih atau mengambil mana-mana artis bermasalah untuk terlibat dalam sebarang drama terbitan dan arahannya.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Michael berkata, pilihan itu dilakukannya kerana enggan mencipta suasana kerja yang tidak menyeronokkan terutama ketika berada di set penggambaran.

“Kalau artis yang ada kontroversikah, yang bermasalahkah, apa lagi yang ada rekod jenayah, memang saya elak dan tak akan ambil.

“Sebab bagi saya, ia akan memberikan aura atau ‘vibe’ yang negatif. Tak payahlah saya nak ambil orang begini, saya pun nak kerja dengan senang hati di set.

“Lagi satu, memang saya elak ambil artis bermasalah sebab saya sendiri pun sudah kontroversi,”selorohnya.

Sementara itu, ditanya mengenai pandangannya berhubung cadangan artis yang memiliki rekod jenayah wajar disenarai hitam, Michael turut bersetuju.

Bagaimanapun, katanya, tindakan itu perlu disokong dengan fakta bahawa artis atau selebriti itu benar-benar terbukti bersalah supaya tidak timbul isu berat sebelah.

“Kalau terbukti dia bersalah, ya saya rasa baik boikot atau senarai hitam sahajalah. Tetapi kalau sekadar dengar-dengar tuduhan, ada pihak buka aib sana sini, kita tak boleh nak terus meletakkan hukuman.

“Sebab ia hanya daripada cakap-cakap orang. Kita pun tahu sebelum ini bukan tak ada individu yang mengaku kononnya mangsa kelakuan buruk artis namun rupa-rupanya dia yang memanipulasi.

“Tetapi apa pun, saya memang elaklah ambil artis yang kontroversi atau bermasalah ini. Bagi saya lebih baik jangan berurusan dengan mereka dulu sehingga dia terbukti tidak bersalah,”katanya.

Terdahulu, industri seni hiburan dikejutkan dengan isu kontroversi seorang aktor tempatan yang mengasari seorang wanita dipercayai kekasihnya baru-baru ini.

Tular di media sosial, aktor itu didakwa telah memukul teman wanitanya sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian tubuh seperti muka, leher dan tangan.

Difahamkan, mangsa juga telah membuat pendedahan itu menerusi hantaran di Instastory dengan beberapa foto sebagai bukti.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis
Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja afar seperti dilaporkan media mengesahkan menerima laporan oleh seorang wanita yang mendakwa dicederakan teman lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya