Tiada istilah siapa tiru siapa - Risteena - Utusan Malaysia

Tiada istilah siapa tiru siapa – Risteena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Risteena menjadi ‘mangsa’ serangan warganet apabila tindakannya memuat naik sekeping gambar yang memaparkan rambutnya dihiasi dengan aksesori reben dipertikai.

Gaya rambut kakak kepada pelakon Ruhainies itu menjadi topik perbincangan warganet apabila ada yang mendakwa dia meniru gaya penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story (Igs), Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 36, tampil menjelaskan bahawa dia sudah lama memiliki aksesori tersebut dan tidak timbul isu meniru sesiapa.

“Ramai tanya bila saya beli reben tu? Dah lama dah tu. Reben lama saja saya pakai. Tak ada istilah siapa tiru siapa okey.

“Semua orang boleh pakai apa kita nak pakai. Jangan pening fikir dah. Jom kita fokus 10 malam terakhir Ramadan,”katanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut dilihat telah dipadam oleh Risteena selepas beberapa jam ia dimuat naik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya