Tetap berjuang, sudah bertahun-tahun saya bersabar - Linda Hashim - Utusan Malaysia

Tetap berjuang, sudah bertahun-tahun saya bersabar – Linda Hashim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Linda Hashim,41, mengakui kekal tenang meskipun kini sedang bergelut dengan kes perceraian dengan suami, Beego, yang masih belum selesai.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim berkata, walaupun kini sedang diuji dengan keretakan rumah tangga namun perjuangannya untuk menuntut perceraian daripada Beego tetap akan diteruskan.

“Sebenarnya saya sudah tahu bahawa semalam saya tak akan dilepaskan. Tetapi saya tetap hadir ke mahkamah untuk ikut setiap peringkat yang ditetapkan.

“Saya akan berjuang hingga ke penghabisan kerana saya sudah tidak boleh lagi teruskan perkahwinan ini.

“Kalau nak cakap pasal berunding, saya sudah puas berunding sejak penceraian saya yang pertama hinggalah yang kedua dulu. Tapi saya akan terus tunggu sehingga selesai,”katanya.

Jelas Linda lagi, dia juga bersyukur kerana Allah mengurniakannya kesabaran dalam perjuangannya ini.

“Sudah bertahun-tahun saya bersabar. Setakat nak tunggu lagi beberapa bulan lagi, saya okey sahaja.

“Tak adalah nak beremosi kerana saya sudah tahu proses dia macam mana jadi saya sudah bersedia.

“Saya failkan cerai dulu pun dalam keadaan tenang, saya hadir ke mahkamah pun dalam keadaan tenang,” katanya.

Linda berkata demikian sewaktu ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan kedua kes cerainya bersama Beego semalam.

Sementara itu, berikutan tiada lafaz talak yang berlaku dalam prosiding yang berlangsung semalam, kes akan diteruskan pada 23 April depan dengan masing-masing akan melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai.

Terdahulu Linda memfailkan cerai terhadap suaminya, Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, pada Januari lalu dengan alasan sudah tiada persefahaman.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa,11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya