Terbuka kongsi hubungan dengan Mr.E, mungkin sebab faktor usia - Erra Fazira - Utusan Malaysia

Terbuka kongsi hubungan dengan Mr.E, mungkin sebab faktor usia – Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon popular, Erra Fazira, 51, mengakui kini terbuka untuk berkongsi mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan, Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai Mr.E.

Menurut Erra, pada usia sekarang, dia tidak masa untuk bermain tarik tali atau menyembunyikan hal tersebut kepada umum.

Pada masa yang sama, Erra atau Fazira Wan Chek ini mengakui selesa berkongsi mengenai Mr. E kerana merasakan tiada apa yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan umum ketika ini.

“Kalau cakap semakin terbuka, ya. Saya lebih yakin, mungkin sebab faktor usia.

“Saya pun tidaklah keterlaluan dan mahu nikmati sahaja kehidupan ketika ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Raya Astro 2025 di sini, baru-baru ini.

Selain itu, Erra juga berterima kasih kepada semua pihak yang tidak pernah berhenti mendoakan kebahagiaan dirinya selain berharap doa seperti itu tidak hanya tertumpu pada hasrat berumah tangga semata-mata.

“Allahuakbar, itu yang saya harapkan iaitu doa yang baik-baik daripada orang ramai.

“Saya pun bukan nak terbuka sangat sebab saya juga sayangkan privasi sendiri.

“Namun ada ketika, saya nak melalui kehidupan normal, jadi kepada mereka yang mengikuti dan mendoakan, terima kasih serta teruskan doa.

“Doa itu bukan saya harap ke jenjang pelamin shaja, yang penting kehdiupan selepas itu,” katanya.

Diusik sama ada ini merupakan Syawal terakhirnya dengan status solo, bintang filem Pasrah itu tidak mengulas lanjut sebaliknya hanya berharap doa tersebut dimakbulkan Tuhan.

“Kita aminkan doa itu (raya terakhir solo),” jawabnya ringkas.

Mengulas tentang muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan baru-baru ini, dia menegaskan perkara tersebut dilakukan hanya untuk membantu menguar-uarkan bufet Ramadan restoran milik Ezwan.

“Tujuan buat siaran langsung itu ialah nak beri sokongan dan membantu kawan-kawan dengan berkongsi tentang bufet Ramadan.

“Pada masa sama, saya ajak dia sertai sekali siaran langsung itu sebab yakin dia boleh dan perkara sebegitu bukan baharu untuknya.

“Kalau saya rasa dia tak sesuai untuk diketengahkan mungkin saya pun tak berani nak ajak buat ‘live’. Tapi saya rasa bagus untuk dirinya juga sebab boleh menghebahkan mengenai bisnes,” katanya lagi.

Ditanya mengenai sambutan Ramadan pada tahun ini, Erra berkata semuanya dilakukan dilakukan secara sederhana.

“Setakat ini, Ramadan saya berjalan dengan Alhamdulillah. Lebih sederhana, bermakna tetapi mendamaikan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular klip video memaparkan pelantun lagu Hanya Di Mata itu muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan.

Perkara tersebut mengundang respons positif ramai yang rata-ratanya berharap hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin.

Pada Januari lalu, kecoh dalam media sosial mendakwa Erra sedang dilamun cinta selepas dia memuat naik ucapan berbaur romantis yang dipercayai ditujukan untuk seseorang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya