Tak dapat jumpa anak, Fattah Amin risau kesihatan Fatima - Utusan Malaysia

Tak dapat jumpa anak, Fattah Amin risau kesihatan Fatima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fattah Amin, mendakwa dia berasa bimbang dengan kesihatan anaknya, Nur Fatima Aisya terutama apabila masih belum berpeluang menemui puteri tunggalnya tersebut.

Menerusi tangkap layar yang dimuat naik di akaun miliknya, Fattah meluahkan rasa risau dengan keadaan anaknya itu selain memohon doa daripada semua pihak.

“Dah berapa kali Daddy datang tapi tak dapat jumpa Fatima, kasihan Fatima tak sihat.

“Mohon doakan Fatima semua,” tulis Fattah.

Fattah memuat naik tangkap layar diambil di akaun Instagram anaknya yang menunjukkan Fatima sedang diberi ubat.

Sebelum ini, tular sebuah video yang memperlihatkan Fatima yang mengatakan dia ‘tak sayang daddy’.

Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan sebahagian mereka mengkritik dah menyalahkan bekas isteri Fattah, pelakon Nur Fazura.

Tidak selesa dengan kritikan warganet, Fattah tampil mempertahankan bekas isterinya dengan menegaskan Fazura telah membesarkan Fatima dengan cara terbaik.

Fattah juga menegaskan netizen tidak mengetahui keseluruhan cerita dan tidak sepatutnya melemparkan komen negatif terhadap Fazura.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Namun, pada Oktober 2024, pasangan ini sah bercerai talak satu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN