Sokong Palestin, Rachel Ziegler dituduh jadi punca Snow White merudum - Utusan Malaysia

Sokong Palestin, Rachel Ziegler dituduh jadi punca Snow White merudum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon utama filem terbaharu Disney yang berjudul Snow White, Rachel Ziegler, 23, menerima banyak kecaman daripada pelbagai pihak sehingga ada yang berpendapat dia juga punca mengapa filem itu
tidak mendapat sambutan ramai di pawagam seluruh dunia.

Turut membuat tuduhan yang sama ialah anak kepada penerbit filem tersebut, Marc Platt iaitu Jonah Platt.

Menurut Jonah, kononnya satu daripada sebab Rachel dilihat menjadi punca kepada ‘kejatuhan’ filem tersebut adalah kerana keterbukaannya menyatakan sokongan terhadap Palestin.

Kata Jonah, disebabkan Rachel pernah membuat satu hantaran di media sosial mengenai sokongannya terhadap Palestin, bapanya sehingga terpaksa turun padang untuk bertemu aktres itu di New York.

“Ayah saya, penerbit bagi harta intelek Disney yang bernilai ratusan juta dolar, terpaksa meninggalkan keluarganya untuk terbang merentas negara bagi menberi teguran pekerjanya yang berusia 20 tahun kerana membawa pandangan politik peribadi ke tengah-tengah promosi filem yang mana dia telah menandatangani kontrak bernilai jutaan dolar untuk dibayar dan melakukan publisiti.

“Inilah yang dipanggil tanggungjawab dan akauntabiliti orang dewasa. Tindakannya jelas menjejaskan kutipan box office filem tersebut.

“Kebebasan bersuara tidak bermaksud anda boleh mengatakan apa sahaja yang anda mahu dalam pekerjaan persendirian tanpa akibat,”tulisnya di Instagram.

Tidak cuma itu kata Jonah, dia tetap berasakan Rachel harus dipersalahkan kerana ramai pekerja belakang tabir yang bekerja untuk filem itu turut merasai tempias kontroversi yang diciptanya.

“Puluhan ribu orang bekerja dalam filem itu, dan dia seolah-olah tidak fikir sebelum berkata-kata hanya untuk memenuhi keinginan tidak matangnya.

“Dia seakan mempertaruhkan nasib semua rakan sekerja, kru, dan pekerja buruh yang bergantung pada kejayaan filem tersebut. Narsisisme bukanlah sesuatu yang patut dimanjakan atau digalakkan,”katanya.

Bagaimanapun, tulisan dan pandangan Jonah itu turut mendapat respons negatif daripada warganet dan rakan artis yang menyifatkan kejatuhan filem itu tidak berkaitan dengan pandangan politik Rachel.

Tetapi apa yang menyebabkan Rachel dikecam adalah kerana dia dikatakan tidak sesuai memegang watak Snow White yang seharusnya digambarkan sebagai seorang puteri yang berkulit putih.

Memandangkan Rachel tidak berkulit putih dan memiliki warna kulit asli sebagai seorang pelakon berdarah Latin, ia menjadi punca utama mengapa ramai peminat filem Disney ‘berang’ dengan keputusan pemilihannya sebagai pelakon utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya