Sensitiviti adegan janggut ‘Abuya’, itu hanya lakonan - Faizal Hussein - Utusan Malaysia

Sensitiviti adegan janggut ‘Abuya’, itu hanya lakonan – Faizal Hussein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Faizal Hussein, mengakui tidak tersinggung meskipun sedar lakonannya dalam drama Bidaah yang mengisahkan ajaran sesat menerima kecaman ramai.

Menurut Faizal, dia sedar ramai yang tidak senang dengan watak Abuya yang dilakonkan namun itu adalah amanah yang telah diberikannya sebagai pelakon dan seharusnya dia memikul tanggungjawab itu sehabis baik.

“Memang drama itu tengah tular sekarang. Telefon saya tidak henti-henti menerima notfikasi. Tapi saya tak pernah anggap itu satu tekanan pun. Sebelum buat kerja lagi saya dah boleh tahu pasti akan jadi seperti ini (tular)

“Lebih-lebih lagi membabitkan babak yang saya dan Vanidah Imran lakonkan. Memang akan tular, tapi tular yang sihat. Anak-anak tidak juga tertekan dan tidak peduli pun.

“Mereka macam dah faham,” katanya ditemui pada Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025 di Bandar Utama, di sini, baru-baru ini.

Jelas Faizal, sebelum ini dia pernah cuba untuk memancing emosi netizen dengan watak kontroversi namun usaha itu gagal berikutan imej bersih yang ditampilkan.

“Pernah juga saya lakonkan watak seorang pelumba dalam filem KL Wayangan. Sebelum berlakon saya minta kebenaran pengarah (Pekin Ibrahim) untuk menjadikan watak saya itu seorang yang sentiasa mabuk.

“Jadi watak Rudy memang mabuk seanjang masa dalam cerita itu. Ia memang idea saya jadi saya nak tunjuk keburukan itu dalam dunia perlumbaan. Disebabkan itu saya juga sudah bersedia untuk dikecam dan saya jangkakan ia akan jadi viral tapi ternyata tidak.

“Pada saya orang tidak hairan. Maknanya orang anggap Faizal Hussein ini dia tunjuk apa pun orang dah tahu dia ok.

“Dia tak ada kontroversi itu ini. Bukan soal saya untouchable (tidak boleh disentuh). Sebenarnya alhamdulillah ini hanya lakonan,” ujarnya.

Menurut anak kepada pasangan seniman dan seniwati veteran, Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarham Mahyon Ismail ini lagi, dia juga percaya bahawa babak sensitif yang dilakonkan mengandungi mesej tersendiri buat penonton.

“Macam babak kaki Vanidah sentuh janggut saya. Kami sebenarnya tak bersentuhan pun kerana itu adalah janggut palsu. Untuk babak intim pula pengarah banyak bermain dengan kaedah artistik.

“Untuk babak orang cium kaki serta minum air basuhan kaki Abuya ia lebih kepada teknik helah kamera.

“Saya menghormati Erma sebagai penulis dan apa yang ditunjukkan itu adalah diangkat dari kisah besar.

“Tak perlulah saya nak bercakap lebih lanjut. Dalam siri drama yang menyesatkan dalam Malaysia ini. Hakikatnya drama inilah paling dekat dengan realiti sebab saya rasa babak-babak yang ada dalam siri ini memang berdasarkan kisah benar,”ujarnya.

Selain Faizal dan Vanidah, drama arahan Pali Yahya untuk siaran Viu itu turut menampilkan lakonan Fattah Amin, Riena Diana, Marisa Yasmin, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Fatiya Latiff dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya