Selebriti meriahkan Ambank Fiesta Raya The Curve - Utusan Malaysia

Selebriti meriahkan Ambank Fiesta Raya The Curve

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menjelang sambutan hari raya Aidilfitri, barisan selebriti turut memeriahkan penganjuran AmBank Fiesta Raya di the Curve, Mutiara Damansara.

Antara artis dan selebriti yang hadir ialah Zur Eda, Liza Abdullah, Irma Hasmie, Elliza
Razak (Bintang AF), Maulana (Bintang AF) dan Kapten Amai yang menghiburkan pengunjung.

Selain sesi Meet & Greet bersama peminat, selebriti-selebriti ini juga akan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti istimewa, termasuk demonstrasi masakan dan perkongsian pengalaman Ramadan mereka.

Menawarkan pengalaman membeli-belaj menarik buat warga kota, AmBank Fiesta Raya di the Curve berlangsung bermula 28 Februari hingga 29 Mac 2025 dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam di The Street, the Curve Mutiara

Memartabatkan Usahawan Tempatan sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan usahawan tempatan, AmBank menyediakan platform bagi peniaga kecil untuk memperkenalkan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas.

Dengan lebih daripada 50 gerai jualan menampilkan pelbagai pilihan fesyen raya, aksesori, makanan tradisional, dan produk eksklusif buatan tempatan, AmBank Fiesta Raya di the Curve menjadi pusat sehenti bagi persiapan Hari Raya.

Bukan sahaja tempat terbaik untuk
membeli-belah persiapan hari raya, tetapi lokasi ini juga merupakan port berbuka puasa yang santai dan menarik.

Berbekalkan pelbagai pilihan juadah berbuka yang enak dan suasana yang nyaman, pengunjung boleh menikmati pengalaman iftar yang istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara aktiviti lain yang diadakan termasuk menerusi peganjuran Bintang Rentak Lebaran.

Menerusinya, bakat-bakat baru turut berpeluang menyerlahkan kebolehan mereka dalam pertandingan Bintang Rentak Lebaran, sebuah platform pencarian bakat yang mencari penyanyi berbakat untuk menyampaikan lagu-lagu bertemakan Hari Raya.

Acara ini diyakini akan menambahkan lagi kemeriahan suasana menjelang Syawal.

Selain di The Curve, AmBank turut menganjurkan beberapa bazar Ramadan lain di lokasi terpilih termasuk ; AmBank Bazar Ramadan Tradisi @ Datuk Keramat (8 – 29 Mac), AmBank Bazar Ramadan @ Foodpark, Sembang MaTiC Kuala Lumpur (12 – 29 Mac)AmBank Bazar Ramadan Tradisi @ Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, Johor (13 – 29
Mac), AmBank Bazar Ramadan Tradisi @ Kamunting, Taiping (13 – 29 Mac).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya