Segan dipuji, surah Ad-Dhuha semua orang boleh hafal - Cik B - Utusan Malaysia

Segan dipuji, surah Ad-Dhuha semua orang boleh hafal – Cik B

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pempengaruh popular, Cik B, menganggap tindakannya menghafal surah Ad-Dhuha adalah satu perkara biasa yang turut boleh dilakukan oleh semua orang.

Menurut anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu, surah tersebut merupakan satu daripada surah kegemarannya dan dia sudah menghafal serta mengamalkan sejak berusia tujuh tahun.

“Saya segan sebab itu surah biasa saja, semua orang hafal.

“Saya mula amalkan sejak ia mula bermain di kepala saya dan sudah mula hafal sejak kecil,”katanya.

Selain itu, kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin ini lagi, dia juga pernah disapa secara tiba-riba oleh seorang pelayan restoran di Turki semasa mengalunkan bacaan surah berkenaan.

Malah ketika ditanya mengenai surah yang menjadi amalan, dia segera membaca Ad-Dhuha kerana itu merupakan surah kegemarannya.

“Ketika itu saya di restoran sedang makan tiba-tiba pakcik ini datang dan mula mengaji sambil bersembang, dia bertanya surah kegemaran saya.

“Saya cakap Ad-Dhuha, selepas itu saya baca dan dia ikut sekali. Saya pun tak perasan adik saya rakam momen itu,” katanya lagi.

Menurut Cik B, surah berkenaan sangat besar maknanya kerana Allah SWT tetap menyayangi hambanya walaupun melakukan kesilapan.

Dia mula mengamalkan Ad-Dhuha selepas mendalami makna tersembunyi di sebalik surah berkenaan.

“Saya suka surah ini kerana membawa makna Allah tetap sayang kita walaupun kita ini jahat. Ad-Dhuha ini juga surah yang memberi saya rezeki.

“Surah ini selalu bermain di kepala saya, bila selalu teringat saya mula amalkan,” ujarnya.

Sebelum ini, tular rakaman memperlihatkan Cik B mengalunkan surah Ad-Dhuha dengan lancar tanpa perlu melihat al-Quran menjadi perhatian ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN