Saya tidak akan ikut permintaan isteri untuk bercerai - Beego - Utusan Malaysia

Saya tidak akan ikut permintaan isteri untuk bercerai – Beego

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Beego memaklumkan dia tidak akan menceraikan isterinya, aktres Linda Hashim pada sebutan kes cerai mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pagi ini.

Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, berkata, sebolehnya dia mahu berbincang dengan Linda terlebih dahulu kerana masih mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Untuk sebutan kes hari ini pihak saya tidak akan ikut permintaan isteri nak bercerai.

“Kemungkinan saya akan berunding untuk selamatkan rumah tangga kami.

“Supaya saya tahu kenapa nak bercerai? Kalau boleh selamatkan (perkahwinan) saya akan selamatkan,” katanya.

Beego berkongsi perkara itu sebelum prosiding kes cerai dia dan Linda bermula.

Selain itu, kata Beego, dia sudah lama tidak berkomunikasi dengan isterinya kerana duduk berasingan sejak lima bulan.

Pelakon itu juga berharap isterinya itu boleh pulang ke rumah supaya kemelut rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan baik.

“Kenyataan dia sebelum ini pun memang betul, dia keluar rumah sudah lima bulan.

“Saya harap dia dapat baliklah,” jelasnya.

Awal Januari lalu, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya