Saya tetap mahu dilepaskan - Diana Danielle - Utusan Malaysia

Saya tetap mahu dilepaskan – Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Diana Danielle, 34, menaruh harapan besar supaya proses perceraian dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dengan suami, Farid Kamil, dapat diselesaikan dengan segera.

Diana yang tiba di pekarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada jam 9.25 pagi dengan memakai jubah berona merah jambu berkata, dia masih tetap dengan pendiriannya untuk bercerai dengan Farid.

Diana yang diiringi dua pengawal peribadi berharap Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari memahami apa yang diinginkannya.

“Saya harap cepatlah selesai, banyak kali dah turun naik mahkamah uruskan benda sama. Saya tetap nak dilepaskan. Saya harap dia memahamilah ya,” katanya.

Sementara itu, Farid yang tiba sekitar jam 9.40 pagi bersama peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan memilih untuk mengunci mulut.

Kontroversi dan kemelut rumah tangga mereka bermula selepas Diana mengumumkan nekad mahu berpisah dan memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua pada 28 Oktober tahun lalu.

Farid dan Diana bercerai talak satu buat kali pertama menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali merujuk semula selepas 21 hari.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 12, dan Nur Aurora yang kini berusia 10 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya