Sarung baju Melayu, Rodtang Jitmuangnon jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Sarung baju Melayu, Rodtang Jitmuangnon jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :Penampilan selebriti dan jaguh Muay Thai terkenal, Rodtang Jitmuangnon yang menggayakan baju Melayu Elrah Exclusive pada sesi ‘Face-Off’ bagi acara ONE 172 baru-baru ini, menjadi bahan bualan ramai terutama di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman sosial One Championship, Rodtang meluahkan rasa teruja dapat menyarung busana yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu.

“Ini merupakan bulan Ramadan, jadi saya menyarung baju Melayu Elrah untuk mewakili orang Muslim,”katanya.

Sementara itu, Pengasas Elrah Exclusive, El Azman berbangga apabila baju Melayu jenamanya disarung oleh jaguh Muay Thai terkenal sekali gus mendapat perhatian di mata dunia.

“Seorang juara dunia mengenakan baju Melayu di pentas global seperti ONE Championship Tokyo, bukan sekadar kain yang membalut tubuh itu adalah maruah, warisan dan identiti yang dijulang.

“Jika bukan kita yang mengangkat kebanggaan bangsa, siapa lagi? Jika bukan kita yang memperkenalkan pakaian warisan ke mata dunia, siapa yang akan peduli?

“Dari silat ke muay thai, dari warisan ke dunia moden, Baju Melayu bukan sekadar pakaian, ia adalah lambang perjuangan kami Elrah Exclusive dan Elrah Worldwide .

“Hari ini, seorang juara memakainya di gelanggang. Esok, dunia akan tahu ini warisan kita, ini identiti kita,”katanya.

Tambah El Azman atau nama sebenar Muhd Hilmi Che Azman, pemilihan busana berona hitam yang dipadankan dengan samping sulam serta songkok telah menyerlahkan lagi kegagahan Rodtang.

“Warna hitam bukan sekadar warna, tetapi simbol dengan makna yang mendalam. Warna ini sering dikaitkan dengan kekuatan, keberanian, keanggunan, serta misteri.

“Namun, di sebalik kemegahannya, hitam juga dapat mewakili kesedihan, kesunyian, dan ketegasan. Dari sudut psikologi, warna hitam memberi rasa kekuatan, keberanian, dan keyakinan, tetapi pada masa yang sama juga dapat menimbulkan perasaan terisolasi, kesepian, dan keseriusan.

“Warna ini sering dikaitkan dengan otoritas dan ketegasan, menjadikannya pilihan utama dalam dunia fesyen, bisnes dan penjenamaan eksklusif,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya