Pempengaruh dakwa Roslan Shah curi RM66,000? - Utusan Malaysia

Pempengaruh dakwa Roslan Shah curi RM66,000?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Mangobossku, mendakwa pengacara dan pelakon, Roslan Shah,telah mencuri wang miliknya yang berjumlah SGD 20,000 (RM66,000).

Mangobossku atau nama sebenarnya, Mohammad Hussin Said berkata, memuat naik video TikTok yang mendakwa wang miliknya dijumpai berada di dalam beg milik Roslan.

“Duit hilang SGD 20,000 dia cakap dia tak ambil. Tapi duit dalam beg? Jadi siapa yang curi?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video yang berdurasi lebih dua minit itu, penyanyi menyangka Mangobossku melakukan ‘prank’ ke atas dirinya namun keadaan menjadi serius selepas duit bernilai SGD20,000 itu dijumpai dalam beg milik Roslan.

Kesal dituduh mencuri duit, Roslan menangis mempertahankan diri.

Video yang dimuat naik oleh Mangobosku itu mendapat hampir 200,000 tontonan di laman sosial TikTok dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Ada peminat yang menzahirkan rasa simpati terhadap Roslan serta ada juga warganet yang membuat spekulasi penyanyi itu telah dianiaya.

Namun begitu, ada yang memberikan komen mengatakan ia hanya sekadar gimik pemasaran mereka dan video tersebut hanya sekadar ‘content’ semata-mata.

Sementara itu, menerusi kemas kini Instagram Stories, Roslan memuat naik kata-kata seakan mempertahankan dirinya.

“Harap maaf, Cik Lan mengaku berdiam diri bukan bererti salah. Harap maklum!” tulisnya.

Cubaan untuk menghubungi Roslan gagal selepas penyanyi lagu Rojak Maznah Ke Tuu itu tidak menjawab panggilan telefon serta tidak membalas pesanan WhatsApp.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN