Papa masih sihat, henti sebar berita palsu - Anak Rahim Razali - Utusan Malaysia

Papa masih sihat, henti sebar berita palsu – Anak Rahim Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kononnya didakwa sudah meninggal dunia, anak kepada seniman tanah air, Datuk Rahim Razali iaitu Nadia Rahim, 53, tampil menafikan berita palsu tersebut yang sengaja dicetus oleh beberapa platform media sosial.

Menurut Nadia, bapanya itu masih sihat di usia 86 tahun sekali gus menepis tanggapan orang ramai yang menyangka pelakon dan pengarah terkemuka itu sudah meninggal dunia.

“Kepada semua rakan-rakan dan keluarga, khabar angin mengenai kematian papa saya telah menular dengan begitu banyak di beberapa buah platfrom kononnya ‘portal berita’.

“Saya mohon supaya anda semua tidak meletakkan kepercayaan terhadapnya kerana khabar itu 100 peratus adalah palsu,”katanya dalam satu hantaran di Threads semalam.

Berikutan itu, kata penulis tersebut, dia berharap semua pihak berhenti menyebarkan berita palsu berkenaan kerana ia menjejaskan emosi keluarganya.

“Berhenti menyebarkan kenyataan yang salah kerana ia telah menyebabkan ada kalangan keluarga saya baik dari sebelah papa mahu pun ibu bersedih dengan berita palsu itu.

“Papa saya ada di rumah bersama kami. Masih hidup dan sihat, syukur Alhamdulillah,”ujarnya.

Menerusi hantaran berkenaan, Nadia juga turut menerima komen daripada pengikut yang rata-ratanya turut kesal dengan khabar angin yang tular.

Terdahulu,khabar angin mengenai pemergian Rahim menjadi bualan ramai di beberapa platform media sosial yang dikendalikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu telah mengundang duka di kalangan ahli keluarga, kenalan serta peminat yang percaya bahawa pelakon dan pengulas sukan lagenda itu sudah meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN