‘Pakej Kejut Sahur’, ada peminat sanggup beri saya duit - Andi Bernadee - Utusan Malaysia

‘Pakej Kejut Sahur’, ada peminat sanggup beri saya duit – Andi Bernadee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee, 34, mengakui sekadar bergurau apabila muncul dengan idea ‘khidmat pakej kejut sahur’ di media sosial sejak awal Ramadan lalu.

Menurut Andi, atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, dia tidak menyangka gurauan dan jenaka bersahajanya itu mendapat ‘sambutan’ sehingga ada kalangan peminat benar-benar percaya dia menyediakan pakej tersebut.

“Sebenarnya saya cuma gurau sahaja. Gurauan itu bermula di Threads, tiba-tiba benda itu dapat sambutan pula bila ramai orang kongsikan di media sosial.

“Saya pula cuba eksperimen di Tiktok dan Instagram. Terus-terang, tak sangka pula kerana ‘perkhidmatan’ tersebut, saya terima banyak dm dan mesej nombor telefon dan minta nombor akaun bank saya.

“Mereka (peminat) macam nak sangat saya buat pakej itu sampai sanggup nak bayar. Bagi saya perkara ini menarik dan melucukan juga,”katanya.

Andi berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim kelolaan Universal Music di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, di sini, baru-baru ini.

Selain itu, kongsi penyanyi lagu Donde dan Penat ini lagi, dia juga terkejut apabila ada kalangan peminat menyelitkan wang kertas semasa bersalaman dengannya ketika berada di sebuah acara di Singapura baru-baru ini.

“Macam biasalah kita akan bersalaman dan jumpa peminat bukan, tetapi tak sangka ada antara mereka menyelitkan duit bernilai SGD50 di tangan saya.

“Dia cakap duit ini dia beri supaya saya buat lagu video kejut sahur. Saya terkejut juga tapi bolehlah ya, setakat buat video ucapan begitu, buat sahajalah,”katanya.

Tidak cuma itu, kata Andi, dia juga ada menerima kiriman video ‘menyeramkan’ daripada peminat di media sosial.

“Ada juga terima video ala-ala manja daripada peminat yang dm di Instagram. Video minta kejut sahur, tapi banyaknya daripada budak-budak perempuan.

“Saya tak rasa merimaskan pun sebab saya sendiri yang cari pasal bukan? Saya sendiri yang mengundang, jadi saya layankan sahajalah kerenah peminat.

“Video-video yang saya buat, semuanya tak dirancang. Tetapi saya dah berhenti dah buat video-video begitu sebab tak mahu mengurangkan puasa orang,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya