Oscar ke-97, filem Anora menang besar - Utusan Malaysia

Oscar ke-97, filem Anora menang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Tuah nampaknya menyebelahi filem Anora apabila naskhah genre romantik itu diangkat sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi ke-97 (Oscar) yang berlangsung pada pagi Ahad (waktu Malaysia).

Filem Anora juga merangkul kejayaan besar apabila turut meraih beberapa anugerah lain iaitu bagi kategori Pengarah Terbaik untuk Sean Baker, dan Mikey Madison sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Filem itu juga berjaya melakar sejarah apabila turut membawa pulang dua anugerah dalam kategori lain iaitu Suntingan Terbaik, dan Lakon Layar Terbaik.

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh Walt Disney yang membolot empat anugerah Oscar bagi edisi ke-25, namun ia adalah untuk empat filem berbeza.

Naskhah Anora menceritakan kisah percintaan di antara wanita kelas bawahan yang juga seorang pekerja seks dengan anak lelaki jutawan dari Rusia, di mana hubungan mereka diuji hebat apabila mendapat tentangan keluarga.

Sementara itu, trofi Pelakon Lelaki Terbaik diraih Adrien Brody menerusi lakonanya sebagai pendatang Yahudi dan arkitek yang mengejar impian di Amerika Syarikat dalam “The Brutalist.”

Manakala Zoe Saldana meraih gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk peranannya sebagai penyelesai masalah bagi ketua dadah Mexico dalam dilem muzikal berbahasa Sepanyol Netflix “Emilia Perez.”

Saldana menewaskan beberapa bintang terkenal termasuk Ariana Grande, Felicity Jones, Monica Barbaro dan Isabella Rossellini.

Kieran Culkin, yang mula berlakon sejak kecil, menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk peranannya sebagai seorang daripada dua sepupu yang mengembara ke Poland untuk mengkaji asal-usul keluarga mereka dalam “A Real Pain.”

Untuk senarai lanjut, berikut adalah barisan pemenangnya :

Filem Terbaik: “Anora”

Pelakon Lelaki Terbaik: Adrien Brody (The Brutalist)

Pelakon Wanita Terbaik: Mikey Madison (Anora)

Pengarah Terbaik: Sean Baker (Anora)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Kieran Culkin (A Real Pain)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Zoe Saldaña (Emilia Pérez)

Lakon Layar Asal Terbaik: Anora

Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Conclave

Filem Animasi Terbaik: Flow

Filem Pendek Animasi Terbaik: In the Shadow of the Cypress

Filem Antarabangsa Terbaik: I’m Still Here (Brazil)

Filem Dokumentari Terbaik: No Other Land

Filem Dokumentari Pendek Terbaik: The Only Girl in the Orchestra”

Skor Asal Terbaik: The Brutalist

Lagu Asal Terbaik: El Mal (Emilia Pérez)

Bunyi Terbaik: Dune: Part Two

Reka Bentuk Produksi Terbaik: Wicked

Filem Pendek Aksi Langsung Terbaik: I’m Not a Robot

Sinematografi Terbaik: The Brutalist

Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik: The Substance

Reka Bentuk Kostum Terbaik: Wicked

Kesan Visual Terbaik: Dune: Part Two

Suntingan Filem Terbaik: Anora

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya