Nekad cerai, saya dah tak boleh dah - Linda Hashim - Utusan Malaysia

Nekad cerai, saya dah tak boleh dah – Linda Hashim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Linda Hashim, 41,mengakui nekad untuk berpisah dengan suaminya, Beego, meskipun tahu aktor tersebut enggan melafazkan perceraian.

Menurut Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, hatinya sudah membulat tekad untuk meneruskan perceraian itu dan berharap segala urusan pada pagi ini dipermudahkan.

“Ini sebutan kali kedua. Semoga dipermudahkan urusan saya untuk sebutan hari ini.

“Tentunya semua orang cuba nak selamatkan. Tapi, saya rasa sampai sini sajalah. Tak boleh dah,” katanya.

Linda berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pagi tadi.

Terdahulu, Beego meluahkan hasratnya untuk berusaha menyelamatkan rumah tangga dibina sejak 13 tahun lalu itu.

Beego dan Linda pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 sekali gus hadir bersama ke mahkamah bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Linda bagaimanapun memaklumkan mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah sama iaitu tiada persefahaman walaupun mendakwa sudah banyak kali peluang diberikan.

Mereka mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Jelita Clarissa, 11; Anggun Cassandra, 10; dan Indah Camelia, 6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya