MV Serumpun Mimi Fly ‘ghaib’ di YouTube - Utusan Malaysia

MV Serumpun Mimi Fly ‘ghaib’ di YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Menuai kecaman ramai di kalangan netizen berikutan imej berkemban yang dipaparkan, video muzik Mimi Fly berjudul Serumpun bagaimanapun didapati telah diturunkan di YouTube.

Menerusi tinjuan di Utusan Malaysia, video tersebut didapati tiada lagi berada di platform berkenaan sekali gua meraih perhatian dan tanda tanya netizen di media sosial.

Kalangan peminat menimbulkan persoalan mengapa video tersebut ‘dighaibkan’ sedangkan ia telah mendapat jumlah penonton yang tinggi di Youtube.

Bagaimanapun, ada yang mendakwa kemungkinan video itu diletakkan dalam mod privasi susulan menerima kecaman kerana aksi berkemban yang dipaparkan oleh Mimi.

Sebelum ini, MV lagu raya Serumpun menerima pelbagai reaksi netizen termasuk meluahkan rasa kurang senang melihat penampilan Mimi berkemban.

Malah, isu ini turut mendapat perhatian parti politik Wanita Amanah Wilayah Persekutuan yang mengecam muzik video berkenaan yang dikatakan bertentangan dengan ajaran Islam serta maksud sebenar Aidilfitri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya