Leona pernah ‘crush’ dengan Fattah dan Shaheizy Sam - Utusan Malaysia

Leona pernah ‘crush’ dengan Fattah dan Shaheizy Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pempengaruh popular, Leona, 23, mendedahkan pernah dalam diam menyukai tiga aktor kacak tanah air.

Menurut Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona Azhar, aktor tersebut ialah Fattah Amin, Hisyam Hamid dan Shaheizy Sam.

“Kalau awak nak tahu, semasa kecil, saya selalu tengok drama Melayu di kaca televisyen. Saya pernah ada ‘crush’ (menyukai) dengan tiga selebriti ini. Pertama ialah Fattah Amin, kedua ialah Hisyam Hamid dan ketiga ialah Shaheizy Sam.

“Saya masih ingat pernah minta ayah saya hubungi aktor-aktor ini. Tapi saya rasa Fattah saja tak pernah dihubungi.

“Saya pernah merayu pada ayah untuk minta nombor telefon mereka supaya saya boleh cakap hai. Gila tak saya? Memang gila,”katanya.

Leona berkata demikian dalam satu hantaran di Tiktok hari ini.

Leona juga berkata, dia pernah menyukai aktor Gambit Saifullah dan sangat obses dengannya.

Malah, kerana suka, dia sehingga sanggup menonton filem genre ketenteraan yang dilakonkan oleh Gambit berulang kali.

“Saya tak ingat cerita apa, mungkin Paskal, lakonan Gambit. Saya obses sangat dengan dia sampai tengok filem lakonannya berulang kali.

“Tetapi ini semua terjadi semasa saya masih bersekolah dan masa itu mak hantar saya ke pusat tuisyen Bahasa Melayu. Saya pula selalu kebosanan sebab mak ambil saya lambat.

“Jadi saya akan duduk drpan tv dan tengok drama pukul 7.

“Terima kasih juga kepada pelakon-pelakon ini kerana Bahasa Melayu saya sangat bagus ketika itu sampaikan mak saya hairan macam mana saya boleh cakap Bahasa Melayu dengan fasih masa itu.

“Saya pun beritahu mak yang saya selalu tonton drama Melayu semasa tunggu dia di pusat tuisyen,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya