Lagu Malaysia jangan dipandang enteng - Hael Husaini - Utusan Malaysia

Lagu Malaysia jangan dipandang enteng – Hael Husaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan komposer, Hael
Husaini, mengakui berasa terkejut apabila Raja Britain, Raja Charles III memahami maksud lagu ciptaannya, Anta Permana walaupun karya itu dalam bahasa Melayu.

Hael atau nama sebenarnya, Hal Husaini Razmi, 37, yakin, Raja Charles III mungkin sama seperti dirinya yang mendengar terjemahan lagu dalam bahasa asing demi memahami maksud sesebuah lagu yang digemari.

“Saya terkejut tetapi saya sendiri kadang-kadang banyak dengar lagu-lagu dari pelbagai bahasa. Konsepnya sama sahaja.

“Bila orang luar dengar dan berminat dengan sesuatu karya pasti mereka juga akan mencari maksud di sebalik lirik.

“Mungkin Raja Charles III minat dengan lirik lagu itu yang membawa maksud cinta tiada penghujungnya,” katanya semasa Tayangan Perdana Program Raya Astro 2025, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, penyanyi lagu Diam itu turut menceritakan momen ketika menerima berita gembira tersebut selain yakin karya Malaysia mampu mencipta kejayaan di luar negara.

“Terkejut apabila dapat tahu berita apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tagged (menandai) saya dalam Instagram, sampai macam ini impaknya.

“Ini boleh jadi titik permulaan dimana lagu Malaysia jangan dipandang enteng. Sebenarnya kita ada peluang memperbesarkan karya kita di persada dunia

“Alhamdulillah, Siti kongsi rezeki dengan saya dan Ezra Kong selaku penggubah bersama lagu ini. Terima kasih,” katanya.

Selain itu, Hael turut menegaskan lagu yang dinyanyikan dengan sempurna oleh Biduanita Negara selaku penyanyi Anta Permana itu juga mungkin menjadi pendorong karya tersebut mendapat tempat di hati Raja Charles III.

“Saya percaya tetapi nak kesahihan terpaksa buka Apple Music sebab nak rasa penangan. Bila dia sebut nama Siti, Ya Allah bangganya sebagai rakyat Malaysia.

“Sebenarnya yang sebaris penyanyi antarabangsa ialah Siti. Kami di belakang hanya sebagai pendukung.

“Lagu itu sendiri rasa hasil kerjasama kami. Tanpa Siti kami tidak sampai situ,” jelasnya.

Sebelum ini, Apple Music melancarkan program The King’s Music Room, yang menghimpunkan karya dari negara-negara Komanwel sebagai meraikan kepelbagaian muzik dunia.

Nama Siti Nurhaliza turut disenaraikan bersama penyanyi antarabangsa seperti Bob Marley, Diana Ross, Beyoncé serta Michael Bublé.

Anta Permana yang dilancarkan pada tahun 2018 membuat kemunculan pada minit ke-43 dalam 17 senarai lagu yang dipilih sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel

Rakaman The King’s Music Room berlangsung di Istana Buckingham, memaparkan perjalanan muzik yang membentuk pengalaman serta memori peribadi Raja Charles III.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya