Keganasan rumah tangga tidak berlaku - Beego - Utusan Malaysia

Keganasan rumah tangga tidak berlaku – Beego

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Beego, menolak tuduhan bahawa dia melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya, Linda Hashim sehingga menyebabkan aktres itu nekad menfailkan cerai.

Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, berkata, perkara itu tidak wujud namun mengakui ada insiden kecil yang berlaku antara mereka sebelum ini.

Namun, katanya, ia perkara lazim dan sudah menjadi asam garam dalam perkahwinan.

“Saya pernah beri komen sebelum ini, ingin saya jelaskan keganasan rumah tangga tidak berlaku. Cuma kalau ada insiden kecil berlaku itu perkara biasa,”katanya.

Beego berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejurus usai sebutan kes perceraian, hari ini.

Diminta mengulas megenai proses sebutan yang sudah berlangsung, pelakon itu tetap enggan mahu menceraikan Linda.

“Mahkamah tanya adakah saya mahu ceraikan isteri? Saya jawab tidak mahu. Saya akan cuba selamatkan rumah tangga ini daripada bercerai untuk kali ketiga,”ujarnya.

Dalam pada itu,Beego mengakui sudah melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkan perkahwinan dengan Linda, antaranya memujuk dan memberi jambangan bunga.

“Pelbagai usaha sudah saya lakukan untuk selamatkan rumah tangga. Usaha itu dibuat sejak dia keluar daripada rumah kelamin kami. Cuma dia keras (degil) sikit.

“Antara usahanya saya mesej dia melalui telefon, jumpa mak ayahnya, bagi dia bunga dan hantar bunga dalam kereta,”ujarnya.

Sementara itu, Beego berkata dia akan melantik ibunya sebagai wakil untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang bakal berlangsung pada 23 April depan.

“Saya akan melantik mak saya sebagai wakil JKP. Kerana mak tahu situasi sebenar yang berlaku dalam rumah tangga kami.

“Keluarga masing-masing sudah tahu kemelut yang berlaku antara kami, keluarga semua mendoakan yany baik-baik.

Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Perkara itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.

Linda mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya