Karya otai lama dalam Lagu Dari Seluloid Vol 2 - Utusan Malaysia

Karya otai lama dalam Lagu Dari Seluloid Vol 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Meneruskan projek pengarkiban pendigitalan dan rakaman semula
(secara digital) 10 lagu-lagu dari filem Melayu Klasik tahun 1950-1959, Lagu Dari Seluloid kini dihasilkan bagi edisi kedua.

Dicetuskan oleh Mac Training Centre Sdn Bhd dengan kerjasama Studio Funky Brigade, projek ini juga dilakukan bagi memastikan khazanah seni warisan bangsa terus dapat dikekalkan,
diakses serta terpelihara untuk rujukan masa kini serta generasi akan datang.

Menurut Pengarah projek merangkap pengarah muzik, Shamsul Cairel berkata, pemilihan lagu-lagu masih lagi mengekalkan sumber-sumber dari filem tahun 1950 hingga 1959.

“Ada juga cabaran yang terpaksa kami tempuhi dalam melaksanakan projek dalam Lagu Dari Seluloid Volume misalnya filem Bakti sudah tidak punya salinan seluloid.

“Jadi, kami menemui kesukaran untuk membuat rujukan bagi lagu Merpati Dua Sejoli yang
dimuatkan dalam filem tersebut. Tapi, mujur masih ada potongan filem ini yang
dimuatnaik pencinta filem lama di media sosial, jadi kita dapat lakukan pengarkibannya
dengan melakukan skor muziknya dalam bentuk yang lebih segar.

“Kalau tanya mengapa fokus projek ini lebih kepada lagu-lagu dalam filem Melayu Klasik era
50-an, jawapannya mudah. Era 50-an sebetulnya merupakan era meledaknya muzik dan filem Melayu Klasik.

“Sebab, ketika itulah bermulanya transisi daripada bangsawan ke filem yang mana ia juga berlaku selepas era perang dunia kedua,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat mengenai sejarah di sebalik penciptaan lagu-lagu era 1950-an ini, kata Shamsul, pelbagai kajian turut dilakukan termasuk mewawancara dua tokoh penting iaitu masestro muzik dan komposer, Datuk Dr. Johari Salleh serta pelakon dan penyanyi Ahmad Fauzi.

“Kedua-dua tokoh ini tidak hanya mengikuti serta menyimpan banyak catatan tentang sejarah dan perkembangan muzik dan sinema Malaysia di era kegemilannya di Singapura.

“Tetapi juga mempunyai hubungan yang cukup dekat dan erat dengan anak-anak seni di zaman tersebut,”katanya.

Mac Training Centre Sdn Bhd turut menjalinkan kerjasama strategik dengan ASWARA yang
melibatkan Pensyarah, Alumni dan pemuzik-pemuzik dari Fakulti Muzik, Fakulti Penulisan
Kreatif dan Filem serta Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya.

Tidak cuma itu, kat Shamsul, penyelidikan turut dibuat di Bahagian Muzik RTM, Arkib Negara serta Perpustakaan Negara.

Manakala, pemuzik-pemuzik yang terlibat pula dari kalangan pelajar muzik Aswara serta
beberapa tenaga profesional.

Barisan penyanyi yang terlibat dalam Program Lagu Dari Seluloid Volume 2 ini adalah Aqasha, Sharifah Zarina, Ayu Damit, Azizul Haqim, Ezdianie Hayatie dan Idris Brown.

Antara lagu pilihan untuk edisi kedua ini ialah Merpati Dua Sejoli (filem Bakti – 1950), Semarak Hati – (filem Juwita – 1951), Mesra Ibu/Kasih Ibu (filem Sedarah– 1952), Ingin Tahu (filem Hujan Panas – 1953) , Chahaya – (filem Insaf – 1954), Sejakku Bertemu Padamu – (filem 4 Isteri11955).

Lagu lain ialah Tiada Kata Secantik Bahasa (filem Anakku Sazali – 1956), Nak Dara Rindu – (filem Bujang Lapok – 1957), Sumpah Tanda Setia (filem Gergasi – 1958) serta Sang Ratu – (filem Raden Mas – 1959).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya