Isu Era FM : Masyarakat harus bijak menilai - Seniman - Utusan Malaysia

Isu Era FM : Masyarakat harus bijak menilai – Seniman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), menyokong penuh tindakan pihak pengurusan radio Era FM dan tiga penyampainya, Pak Azad, Nabil Ahmad dan Raden yang segera memohon maaf berhubung isu mempersenda upacara agama lain baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Hafiz Nafiah, Seniman beranggapan mereka bertanggungjawab atas kejadian yang bukan dirancang dan membawa kepada perdebatan di media sosial dan dikalangan masyarakat.

Bagaimanapun, Seniman memohon agar masyarakat juga bijak menilai dengan menonton video penuh dan bukan hanya melihat pada video yang telah disunting.

“Dalam kejadian tersebut, masyarakat harus bijak menilai dengan menonton video penuh
dan bukan hanya menonton video yang telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Seniman yakin dan percaya ketiga-tiga penyampai tersebut tidaklah berniat seperti mana yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.

“Video asal adalah bila mana Azad menarikan semula tarian pembukaan Miki Ghazali dalam
acara pertarungan dan tiada kaitan dengan mana-mana agama,”ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, kata Hafiz, Seniman tetap berdiri teguh dibelakang ahli-ahlinya yang terpalit dalam isu ini kerana menyifatkan tiada sebarang kesalahan dalam video tarian tersebut.

“Bagaimanapun Seniman serahkan sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa
untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil bagi menyelesaikan perkara ini.

“Seniman juga tidak bersetuju jika Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menarik balik lesen stesen radio Era FM atas perkara yang berlaku.

“Kami beranggapan masih ada ruang rundingan sebelum keputusan tersebut dimuktamadkan kerana ia melibatkan mata pencarian banyak pihak disebalik jenama radio Era FM.

“Seniman berharap agar isu ini dijadikan sandaran dan pedoman kepada seluruh ahli-ahli Seniman agar perkara sama tidak berulang lagi dimasa hadapan,”katanya.

Dalam pada itu, Seniman juga mengesa masyarakat agar tidak membuat spekulasi atau persepsi buruk yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menyerahkan segalanya kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin.

“Sekali lagi Seniman mengesa supaya isu ini dihentikan perdebatan umum di media sosial
sekaligus memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,”katanya.

Terdahulu, sebanyak 73 laporan diterima pihak polis berhubung video kontroversi melibatkan tiga penyampai radio ERA FM iaitu Azad Jasmin, Nabil Ahmad dan Radin Amir Affendy.

Polis juga sudah merakam keterangan tiga penyampai termasuk tiga lagi petugas radio terbabit.

Namun, belum ada sebarang keputusan atau tindakan susulan dikenakan terhadap kesemua individu terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya