Hardwell, Artbat kembali jejak Malaysia - Utusan Malaysia

Hardwell, Artbat kembali jejak Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi menghiburkan peminat, DJ dan penerbit lagu terkemuka antarabangsa, Hardwell bakal berkunjung ke negara ini bagi menjayakan Neon Music Festival (NMF) yang dijadual berlangsung pada 11 April ini.

Memilih lokasi di KL Base Sungai Besi, festival anjuran NEON Projects Sdn. Bhd itu menerbangkan khas Hardwell ke ibu negara sekali gus menyaksikan DJ tersebut bakal kembali beraksi setelah tujuh tahun meninggalkan kenangan manis buat peminatnya di sini.

Difahamkan, Hardwell bakal membawakan lagu-lagu hit seperti Spaceman dan ‘sound’ terbaharunya yang mencetus trend masa kini – Big Room Techno.

Tidak cuma Hardwell, NMF turut membawakan
Artbat, satu lagi nama yang sohor dalam dunia melodic techno dan terkenal dengan
visual menakjubkan.

Artbat juga akan membuat debut yang sangat dinanti-nantikan di rantau ini dengan pengalaman audio-visual baharu mereka – UPPERGROUND.

Bukan itu sahaja, NMF juga membuat kejutan dengan menerbangkan tiga lagi nama iaitu DUBVISION, Matisse & Sadko, dan Third Party yang akan bergabung untuk sesi b3b.

Ini merupakan persembahan b3b yang julung-julung kalinya daripada tiga gergasi
Progressive House ini, sekaligus melakar sejarah dalam muzik tarian.

Biarpun Matisse & Sadko pernah menemui peminat Malaysia sebelum ini, gabungan ini adalah persembahan debut Third Party yang ditunggu-tunggu di Malaysia, membawa
kembali bunyi Progressive House yang digemari ke pentas tempatan untuk pertama
kalinya dalam beberapa tahun.

Menerusi kunjungan epik Hardwell, debut UPPERGROUND ARTBAT, dan b3b yang
membuka lembaran baru, NMF bakal menyajikan sebuah pengalaman menarik buat peminat muzik elektronik secara langsung.

Selain itu, acara ini menjanjikan gabungan visual hebat, muzik berenergi tinggi, dan tenaga luar biasa.

Tiket dijual pada harga bermula dari RM258, RM268, Umum Tier 1 (RM 288), Umum Tier 2 (RM 328), VIP (RM458).

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.neonmusicfestival.asia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya