Gasoline buah tangan baharu Akim & The Majistret - Utusan Malaysia

Gasoline buah tangan baharu Akim & The Majistret

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kumpulan rock ternama tanah air, Akim & The Majistret kembali dengan single terbaru mereka berjudul ‘Gasoline’, sebuah lagu blues rock yang rancak yang bakal menghangatkan ruang udara semua radio. 

Menariknya, lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Akim & The Majistret ini juga adalah sebahagian daripada album terbaru mereka yang sedang dalam proses pembikinan.

Vokalis utamanya, Akim Ahmad berkata, proses penghasilan lagu ini sudah bermula sejak sekian lama yang mana melodi telah tersedia lebih awal, tetapi liriknya hanya disiapkan kemudian sebelum lagu ini dirakam dan dilancarkan. 

Menurutnya, ‘Gasoline’ membawa mesej yang mendalam mengenai tenaga dan semangat untuk terus maju dalam kehidupan, seumpama bahan api yang memberikan tenaga kepada kenderaan untuk terus bergerak ke hadapan.

“Setiap hari kita memerlukan tenaga dan semangat untuk menghadapi sebarang cabaran, dan itulah simbolik ‘Gasoline’ yang menjadi pendorong dan inspirasi buat pendengar agar sentiasa bertenaga dan tidak berputus asa dalam mengharungi perjalanan hidup mereka,” katanya.

Dari segi proses rakaman, Akim menyatakan bahawa lagu ini mengekalkan identiti muzik ATM tetapi hadir dengan elemen yang lebih segar. 

“Lagu ini mempunyai nuansa blues yang berbeza berbanding lagu-lagu Akim & The Majistret sebelum ini seperti ‘Saksama’.

“Malah, proses rakaman dilakukan secara teliti dengan pembabitan semua ahli kumpulan termasuk rakaman gitar yang dilakukan di studio peribadi gitaris kami,” katanya.

Lebih istimewa, ‘Gasoline’ juga menampilkan kolaborasi dalam penulisan lirik bersama penulis lirik berbakat, Bunga Cantik yang juga isteri kepada Akim iaitu Stacy sekali gus turut memainkan peranan penting dalam menyempurnakan lagu ini. 

“Dari segi susunan muzik pula, setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing, menjadikan lagu ini satu karya yang mantap dari segi melodi dan susunan muzik,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan tajuk, Akim berkata bahawa ‘Gasoline’ dipilih kerana ia terkandung dalam lirik lagu serta membawa maksud yang lebih luas, bukan hanya sekadar bahan api untuk kenderaan tetapi juga sebagai sumber tenaga dan semangat untuk manusia dalam menghadapi kehidupan.

“Mengenai impak dan harapan terhadap lagu ini, Akim & The Majistret berharap ‘Gasoline’ akan mendapat sambutan baik dalam kalangan peminat muzik tempatan serta memberi inspirasi kepada pendengar untuk terus bersemangat dalam menjalani kehidupan mereka. 

“Akim & The Majistret tidak meletakkan sebarang sasaran atau pencapaian tertentu bagi lagu ini tapi kami berharap lagu ini dapat dinikmati oleh semua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya