Fail perceraian, Nora Ariffin mahu tunai kemahuan isteri pertama Dr. Rushdi

Fail perceraian, Nora Ariffin mahu tunai kemahuan isteri pertama Dr. Rushdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Nora Ariffin, sekali lagi muncul dengan kontroversi baharu apabila memberi bayangan bakal memfailkan perceraian kali kedua dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Perkara itu didedahkan Nora menerusi satu perkongsian di Instagram hari ini dengan mendakwa tindakan itu terpaksa dilakukannya kali ini demi memenuhi kemahuan isteri pertama Rushdi iaitu Ustazah Rose Aliza Sutrisno.

Penyanyi berusia 51 tahun itu turut mendakwa dirinya telah didesak orang ketiga untuk berpisah dengan suaminya itu.

“Saya buat permohonan ini bukan diatas kehendak hati saya kerana saya tahu berdosa.

“Tapi kerana ingin menunaikan hajat isteri pertama dari dulu lagi yang mahu kembali monogami dan juga atas desakan anak/orang ketiga supaya kami berpisah.

“Buat Ustazah (isteri pertama), moga Ramadan kali ini, doa ustazah akan termakbul,”katanya.

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Samudera itu berharap agar suaminya mengikut bagaimana lafaz talak yang pertama dahulu.

“Lepas kami bersama, solat subuh, saya dapat panggilan desakan dari orang ketiga.

“Minta ustaz ceraikan saya on the spot dan rekod lafaz cerai sebagai bukti. Allah saja yang tahu.

Malah kenyataan jujur terbaru ustaz pun diminta oleh orang terdekat untuk diubah,”katanya.

Dalam pada itu, Nora sempat berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosanya.

Terdahulu, menerusi hantaran yang dimuat naik, Nora berkongsi bahawa dirinya hadir ke Mahkamah Syariah Hulu Langat untuk memfailkan perceraian.

Ogos tahun lalu, Nora diceraikan dengan talak satu oleh suaminya menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Mengejutkan ramai, Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin, memuat naik video Dr. Rushdi melafazkan cerai dan memberitahu segala-galanya sudah selesai.

Nora atau Wan Norafizah Ariffin mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya pada Disember 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN