Enam selebriti popular bawa ‘tuah’ buat Amber - Utusan Malaysia

Enam selebriti popular bawa ‘tuah’ buat Amber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Menerusi pelantikan enam selebriti popular sebagai duta jenama pakaian Amber, Usanita Sdn Bhd berbesar hati kerana keputusan itu terbukti membawa impak besar apabila ia semakin dikenali di peringkat antarabangsa.

Pencapaian itu diraih Usanita terutama apabila
menembusi pasaran Singapura melalui penyertaan di pesta raya CelebFest pada pada 7 hingga 9 Mac lalu.

Malah, penampilan barisan duta terkenal seperti Fattah Amin, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Nora Danish, Aina Abdul dan Sophia Albarakbah turut menjadi faktor utama kejayaan jenama tersebut.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Usanita, Shafiq Ikhwan berkata, kehadiran keenam-enam duta tersebut bukan sahaja meningkatkan permintaan terhadap koleksi Romantics Raya, malah membantu memperkukuhkan jenama Amber di peringkat serantau.

“Kami percaya pemilihan keenam-enam duta ini sangat tepat kerana mereka bukan sahaja mempunyai pengaruh besar.

“Pada masa sama mereka turut membantu membangunkan jenama Amber.

“Kehadiran mereka meningkatkan permintaan terhadap koleksi Romantics Raya tahun ini,”katanya.

Dalam pada itu, kata Shafiq, penyertaan di
CelebFest bukan sekadar berjaya meningkatkan jualan, tetapi juga menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan jenama itu di sana.

“Usanita sangat bangga dapat menjadi sebahagian daripada CelebFest kerana festival ini bukan sekadar acara jualan biasa.

“la merupakan perhimpunan jenama terkenal, selebriti, serta usahawan hebat dari rantau ini.

“Di sinilah peluang untuk kita bukan sahaja berniaga, tetapi juga berkongsi inspirasi, membina jaringan, dan memperkukuhkan hubungan serantau,” ujarnya.

CelebFest yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Suntec City adalah antara festival beli-belah terbesar sebelum menjelang perayaan Aidilfitri.

Sebagai penaja utama acara itu, Usanita Sdn Bhd berjaya menarik perhatian pengunjung menerusi jenama fesyen Amber yang menampilkan koleksi istimewa Romantics Raya tahun ini.

Malah lebih 100,000 pengunjung direkodkan menghadiri festival CelebFest kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya