Dilanda gosip murahan, anak-anak juga terkena tempiasnya - Utusan Malaysia

Dilanda gosip murahan, anak-anak juga terkena tempiasnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Ozlynnwati, meluahkan, enam anaknya tidak terkecuali terkena tempias setiap kali dirinya dan duami, pelawak dan pengacara, Johan, dilanda gosip murahan.

Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya, Rozlinawary Ismail, keadaan itu sukar untuk ditepis mereka sementelah dia dan Johan masing-masing menggalas kerjaya sebagai selebriti.

“Daripada mereka berdua ini (Johan dan Ozlynn) maka terhasil lah enam (cahaya mata) di belakang itu. Pelbagai ujian, cabaran, sedih, tawa, dan duka.

“Paling kasihan, setiap kali mama dan papa dilanda gosip murahan, maka mereka juga terkena tempiasnya.

“Pesan kami, sabar dan doa banyak-banyak.
Doa orang yang dianiaya atau difitnah Innsya-Allah makbul,”tulisnya dalam Instagram, hari ini.

Menerusi perkongsian yang sama, pelakon itu turut mengingatkan bahawa doa orang yang teraniaya adalah yang paling mustajab.

“Maka, lapang dada dan nikmatilah kehidupan sementara kita di dunia ini dengan rajin bertadabbur dan bertaqwa,”ujarnya.

Dalam pada itu, isteri kepada penyampai radio Hot FM ini turut mengingatkan orang ramai agar tidak membazir dalam berbelanja untuk makanan berbuka puasa.

“Bulan puasa ini, jangan banyak membazir. Lebih lagi tentang makanan.

“Dari pada beli tak habis, baik duit itu kita sedekah pada mereka yang memerlukan.
Jangan lupa bayar zakat’”katanya.

Pada akhir perkongsian, ibu kepada enam cahaya mata itu mendoakan agar semua orang menjadi yang lebih baik dari semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya