Didakwa menyinggung warga Mexico, Zoe Saldana mohon maaf - Utusan Malaysia

Didakwa menyinggung warga Mexico, Zoe Saldana mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES : Aktres, Zoe Saldaña, yang meraih kemenangan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Oscar ke-97, memohon maaf kepada semua warga Mexico yang berasa tersinggung dengan watak yang dilakonkannya di dalam filem Emilia Perez.

Menurut Zoe, dia yang memegang watak Emilia Perez sedar bahawa dirinya telah dikritik ramai terutama warga Mexico yang didakwa kurang senang dengan penghasilan filem itu.

“Pertama sekali, saya sangat, sangat mohon maaf kerana ramai rakyat Mexico berasa tersinggung. Tiada niat sama sekali untuk berbuat demikian.

“Saya tidak bersetuju dengan pendapat anda (pertanyaan media). Bagi saya. ‘jiwa’ filem itu ‘bukan Mexico’. Kami membuat filem tentang persahabatan.

“Kami membuat filem mengisahkan empat wanita yang bersahabat baik,” katanya.

Tambah Zoe lagi, filem itu juga memotretkam kauk wanita secara seluruhnya dan bukan hanya merujuk kepada wanita Mexico.

“Wanita-wanita ini boleh jadi dari Rusia, boleh jadi dari Republik Dominika, boleh jadi wanita kulit hitam dari Detroit, boleh jadi dari Israel, boleh jadi dari Gaza.

“Dan wanita-wanita ini masih merupakan wanita sejagat yang berjuang setiap hari, tetapi cuba bertahan menghadapi penindasan sistemik dan berusaha mencari suara mereka yang paling tulen,” kata pelakon Colombiana itu lagi.

Selaij itu, Zoe menegaskan bahawa dia tetap berpegang kepada pandangannya itu kerana tidak melakukan sebarang kesalahan.

Namun, dia mengakui terbuka untuk berbincang dengan rakyat Mexico bagi memahami kebimbangan mereka dengan lebih baik.

“Saya juga sentiasa terbuka untuk duduk bersama semua saudara dan saudari saya dari Mexico, dengan penuh kasih sayang dan hormat, untuk berbincang bagaimana Emilia Pérez boleh dibuat dengan lebih baik.

“Saya mengalu-alukannya,” tambahnya.

Zoe menerusi filem itu turut berlakon di samping pelakon hebat lain iaitu Karla Sofía Gascón dan Selena Gomez.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya