Boleh bekerja, kenapa kau mengemis di Instagram? - Zarina - Utusan Malaysia

Boleh bekerja, kenapa kau mengemis di Instagram? – Zarina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menyelar tindakan segelintir pihak yang masih memperkatakan mengenai penyesalannya melakukan pembedahan plastik di Vietnam tahun lalu.

Baginya, tindakan untuk membuka semula silikon itu adalah keputusan sendiri dan tiada kena-mengena dengan istilah kifarah.

“Adalah beberapa manusia ini cakap saya ini terima kifarah kerana ubah kejadian Allah. Pertamanya, saya dah cakap hari itu, saya cari duit untuk pembedahan anak saya, apa yang awak semua tahu?

“Setengah perempuan lain, merayu macam pengemis untuk duit sedangkan kau boleh bekerja. Kaki tangan elok sempurna tapi di Instagram mengemis minta duit macam diri itu cacat. Kau boleh bekerja kenapa kau mengemis?

“Kau pergilah cari kerja, aku pun boleh cakap macam itu. Masing-masing ada cara masing-masinglah,”katanya dalam satu hantaran video di Instagram hari ini.

Selain itu, tegas Zarina, dia juga berasa tuduhan kifarah itu seakan keterlaluan dan menjengkelkan.

“Kifarah apanya sebab memang saya cakap nak buka semula kerana dah tak perlukan. Aku bukannya macam kau, hidung pesek. Saya tak perlukan pembedahan bahatu sebab hidung dah okey.

“Tak payah nak kifarah sangat, apa-apa pin boleh jadi. Kalau ia tidak dihangkiti kuman pun saya memang nak buka juga. Menjengkelkan bila orang cakap banyak lagi cara,”katanya .

Selain itu, pelakon Don Dukun dan Bomoh Janda ini turut kurang senang apabila kata-kata negatif itu dilemparkan oleh golongan wanita terhadapnya.

“Kebanyakan yang cakap itu pun perempuan. Kebanyakan awak ada yang sanggup lakukan macam-macam perkara jijik untuk duit, asalkan saya tak kacau orang, sudah.

“Tak payah nak bising. Yang tiada duit nak buat hidung pun tak payah bising. Saya ini tak hadaplah setakat nak buat hidung, tolonglah!

“Kenapa ya orang nak menguji saya di bulan Ramadan begini,”katanya.

Terdahulu, pelakon ini meluahkan rasa kesal selepas menjalani pembedahan plastik di
Vietnam tahun lalu, yang akhirnya membawa komplikasi serius.

Dia turut mendedahkan bahawa jangkitan tersebut berlaku kerana klinik di Vietnam yang dikunjunginya menggunakan silikon terpakai.

Selepas menyedari keadaan semakin membimbangkan, Zarina segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di ibu negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya