Bercinta kembali? Kami profesional dalam kerja - Zizan Razak - Utusan Malaysia

Bercinta kembali? Kami profesional dalam kerja – Zizan Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zizan Razak, mengakui sukar untuk mengotakan hasrat peminat yang mahu melihat dia dan bekas kekasihnya, pelakon, Emma Maembong, kembali bertaut cinta.

Ini kerana, menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 41, hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.

“Memang keserasian antara saya dengan Emma nampak jelas. Kami memang ‘ngam’ dari sudut profesional dalam bekerja dan saling memahami.

“Bila kerja bersama ini, tak dinafikan menggamit juga kenangan apa yang kami lalui dulu, tetapi kalau nak pergi ke arah lain itu tidak terfikir.

“Nak cakap mustahil itu tidak boleh, sebab saya bukanlah orang yang boleh menentukan masa depan,” katanya.

Tambah Zizan, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersua muka atau bertegur sapa dengan Emma meskipun hubungan cinta antara mereka pernah putus di tengah jalan.

Jelas Zizan, jika ada jenama lain mahukan dia dan Emma untuk bekerjasama lagi, dia juga amat berbesar hati untuk memberikan komitmen.

“Ada bekas kekasih yang saya tak boleh bercakap, tetapi Emma tidak. Mungkin kami pernah sama-sama salah.

“Kami pun sudah matang, jadi lupakan benda tak perlu pada masa akan datang.

“Selepas putus ada juga jumpa, selalunya jumpa di acara. Emma pun ada kenalkan saya dengan anak-anak dia. Sudah rasa seperti anak sendiri.

“Kita doakan yang baik-baik untuk Emma dan anak-anaknya. Saya juga mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suaminya, Shazli,” ujarnya.

Ditanya mengenai kemesraan semasa penggambaran pakaian raya di bawah jenama Hijabistahub, Zizan berkata, semua yang ditunjukkan bukanlah dibuat-buat malahan mereka juga tidak disediakan sebarang skrip.

“Saya melayan sahaja perangai dia dan semua itu hanya untuk kerja. Kami cuba sedaya upoaya untuk promosikan jenama yang ambil kami sebagai duta.

“Semua itu bukan dibuat-buat, semuanya berlaku begitu sahaja tanpa sebarang skrip,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya