Berani sumpah laknat biar pun benda itu kau buat - Isteri Shuk Sahar - Utusan Malaysia

Berani sumpah laknat biar pun benda itu kau buat – Isteri Shuk Sahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isteri Shuk Sahar, Fara Salleh menggelar pelawak kontroversi itu sebagai seorang lelaki yang pengecut selain bermuka-muka berikutan sikapnya yang sering memutar belit kenyataannya sebelum ini.

Menurut Fara, kenyataan Shuk baru-baru ini boleh memakan dirinya sendiri.

“Makanlah sumpah kau itu. Kau berani sumpah laknat biar pun benda itu kau buat. Aku kenal sangat laki aku luar dalam.

“Loser, pengecut, fake. Manusia bermuka-muka. Bulan puasa sepatutnya kena ikat, tapi terang-terang itulah diri kau.

“Allah itu ada Shuk. Lambat atau cepat Allah mesti balas segala apa yang kau buat selama ini,”katanya dalam satu perkongsian di Instagram Story (IGs), semalam.

Dalam perkongsian tersebut juga, Fara mendakwa Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, telah membiarkan rakan-rakannya berkata buruk mengenai dirinya.

“Hari itu kau guna akaun kawan kau burukkan aku itu apa? Kau biarkan kawan kau mengata aku macam-macam sampai semua tangkap layar whatsApp kita kau bagi kawan kau itu apa cerita?”katanya.

Selain itu, Fara juga mendakwa suaminya itu menunggang agama semata-mata mahu menutupi kesalahannya sendiri.

“Nampak dia gunakan Allah, aku dah kata penunggang agama dia ini. Berhentilah jadi fake, suka sangat acah-acah baik depan orang,”katanya.

Dalam pada itu, Fara berharap agar suaminya itu memberi kerjasama bagi menyelesaikan urusan perceraian mereka di mahkamah.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.

Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya