Awak boleh menghukum, yang laluinya adalah saya - Isteri Edika Yusof - Utusan Malaysia

Awak boleh menghukum, yang laluinya adalah saya – Isteri Edika Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Isteri pelakon, Edika Yusof, Hidayah Yusri, mengakui meski kini sedang berhadapan dengan isu rumah tangga, dia tidak suka meratapi nasib sebaliknya akan berusaha untuk menjadi kuat dan meneruskan hidup seperti biasa.

Berikutan itu, kata Hidayah, dia masih berpegang dengan pendirian untuk tidak bercakap mengenai pergolakan rumah tangganya dengan Edika meski ramai cuba merisik punca daripadanya.

Menurut Hidayah, ini kerana dia sedar perlu kekal menjaga dan menguruskan kehidupannya sendiri selain turut sibuk menjaga mentua dan mentua tiri yang sedang bertarung dengan penyakit kanser.

“Awak boleh menghukum secara luaran tapi yang melaluinya adalah saya. Jadi saya dah tak nak cakap apa-apa yang ‘too deep, too personal’.

“Saya sakit dah 19 tahun saya lumpuh. Tapi, dalam masa yang sama saya jaga mak, mak mertua dan mak mertua tiri yang sakit kanser.
So, kita berserah, kita tengok apa yang jadi okay?

“Saya tak kuat cuma saya pernah kuat. Saya reda sebab saya berserah kepada perancangan Allah SWT, apa yang jadi saya akan hadap,”katanya dalam satu sesi live di Tiktok.

Hidayah juga memaklumkan dia berlapang dada dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan.

Pada masa yang sama, dia mengakui kini tinggal bersama anaknya yang berusia 21 tahun.

Katanya, dia menguruskan dirinya sendiri termasuk melakukan kerja-kerja rumah selagi terdaya dan mampu.

“Anak sulung saya dah kahwin tapi dia duduk berdekatan dengan saya dan sekarang saya tinggal bersama anak saya yang berumur 21 tahun.

“Dia ketika ini sedang melanjutkan pelajaran di kolej. Dia pagi ke kolej, balik malam dari Isnin ke Jumaat.

“Saya pula buat kerja saya lah, saya beralih sendiri dari kerusi roda. Saya buat kerja saya, bisnes, saya buat printing dan ‘graphic design’.

“Saya buat kerja rumah semampu saya, nak tonggeng macam mana nak lap lantai. Saya buatlah itu semua. Apa yang mampu saya buat, saya buat,”katanya.

Terdahulu, dilaporkan rumah tangga 22 tahun Edika dan Nor Hidayah kini di ambang perpisahan apabila wanita itu difahamkan sudah memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.

Terdahulu, kisah pengorbanan Edika yang setia menjaga Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka sejak 16 tahun lalu telah meraih perhatian ramai.

Untuk rekod, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya