Anak Azad Jazmin terkesan,Eira Syazira titip kata semangat - Utusan Malaysia

Anak Azad Jazmin terkesan,Eira Syazira titip kata semangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kontroversi melibatkan isu mempersendakan agama kaum lain yang dikaitkan dengan tiga penyampai radio Era FM baru-baru ini turut memberi kesan kepada keluarga terutama anak-anak selebriti berkenaan.

Perkara itu diluahkan oleh isteri Azad Jazmin, Eira Syazira,41, yang memaklumkan kejadian yang menimpa suaminya itu turut menyebabkan anak mereka, Amarra Sofea Rose terganggu dari segi emosi.

Menerusi satu hantaran video di Instagram, Eira berkongsi keadaan anaknya itu yang sedang menangis kerana terkesan dengan kejadian yang menimpa bapanya.

Pada ruangan kapsyen video tersebut, aktres itu menitipkan nasihat buat puterinya agar sentiasa bersabar dengan ujian yang menimpa.

“Sabarlah wahai anakku intan payung mom dan dad. Jadilah anak yang kuat bukan kerana dunia ini mudah tetapi kerana awak lebih hebat dari setiap cabarannya.

“Percayalah sayangku setiap ujian itu mendidik jiwa dan setiap kesabaran itu pasti membawa kemenangan. Percayalah, Insya-Allah,”katanya.

Selain itu, Eira juga berkongsi komen daripada seorang individu berbangsa India yang telah pun menerima permohonan maaf mereka.

“Saya bangsa India, saya setuju memaafkan mereka. Kita semua manusia, biasa buat salah dan bertolak ansur.

“Mereka pun ada keluarga, ingat anak isteri mereka. Kalau hilang kerja macam mana?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa hiba melihat keadaan Amarra.

Pada masa yang sama, mereka turut menyatakan sokongan terhadap penyampai radio terbabit serta mendoakan agar mereka tabah menjalani dugaan tersebut.

Terdahulu, tular video memaparkan Azad yang dipercayai meniru tarian kavadi sambil Nabil Ahmad menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.

Klip video itu mengundang kritikan meluas kerana didakwa telah menghina tradisi kaum Hindu.

Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Azad, Nabil dan juga Radin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tiga penyampai radio tersebut termasuk tiga lagi kakitangan stesen berkenaan juga telah memberi keterangan di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman pada Rabu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya