Aktres Stranger Things dedah nama sebenar - Utusan Malaysia

Aktres Stranger Things dedah nama sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Sudah lama menyimpan rahsia. pelakon drama bersiri popular Netflix, Stranger Things, iaitu Millie Bobby Brown akhirnya mendedahkan nama sebenar yang tertera pada sijil kelahirannya.

Menurut Millie, nama tengahnya bukanlah Bobby sebagaimana yang sudah terbiasa dikenali ramai tetapi sebaliknya adalah Bonnie.

“Nama tengah saya ialah Bonnie. Bukan Bobby. Nama saya sebenarnya Millie Bonnie Brown. Saya tak pernah beritahu sesiapa pun sebelum ini tentang perkara ini,”katanya.

Pelakon berusia 21 tahun itu berkata demikian semasa ditemu bual rakan pelakonnya dalam Electric State, Chris Pratt baru-baru ini.

Jawapannya itu kelihatan mengejutkan Chris, yang kemudian bertanya mengapa Millie memilih untuk menggunakan nama Bobby.

Memberikan jawapan ringkas, kata Millie, tindakan itu sekadar suka-suka sahaja.

Pendedahan ini muncul lebih setahun selepas dia menambah satu lagi nama ke dalam hidupnya: Bongiovi.

Millie berkahwin dengan Jake Bongiovi, 22, dalam satu majlis peribadi Mei lalu setelah hampir dua tahun mereka menjalin hubungan cinta.

Baru-baru ini, Millie juga berkongsi beberapa perkara yang dipelajarinya semasa tahun pertama perkahwinan termasuk bagaimana cinta mampu diinterpretasikan dalam pelbagai cara dan makna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya