Ain Edruce sempat jamah ‘Beef Wellington’ Gordon Ramsey selepas bersalin - Utusan Malaysia

Ain Edruce sempat jamah ‘Beef Wellington’ Gordon Ramsey selepas bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengacara dan pelakon, Ain Edruce,33,mendedahkan, dia sempat menjamah hidangan Barat, daging lembu wellington daripada restoran chef Gordon Ramsay selepas melahirkan anak keduanya semalam.

Menurut Ain,hidangan itu merupakan satu-satunya makanan yang diidamkannya selepas bersalin.

“Selepas bersalin, satu benda sahaja yang saya minta dengan Amirul. Makanan pertama yang saya nak makan adalah daging lembu wellington daripada Gordon Ramsay.

“Mujur Amirul berjaya belikan untuk saya,”katanya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Selain itu, menceritakan detik bersalin, kata Ain, di melahirkan anak keduanya itu secara pembedahan caesarean.

“Alhamdulillah saya dah berjaya bersalin. Sepatutnya saya bersalin normal, bukaan sudah 10 sentimeter tapi kandungan masih di atas, akhirnya kena buat pembedahan kecemasan .

Sementara itu, Ain turut meluahkan rasa kagum terhadap wanita yang memilih untuk menjalani pembedahan secara Czer ketika bersalin.

“Saya sangat hormati wanita yang buat czer sebab sakit sangat. Pertama kali nak jalan, memang menangis.

Ain mendirikan rumah tangga dengan sah suaminya pada Disember 2019 lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Soraya yang kini berusia empat tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya