Yassin umpama sumber rezeki saya - Wahid Senario - Utusan Malaysia

Yassin umpama sumber rezeki saya – Wahid Senario

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Anggota kumpulan Senario, Wahid mengakui sangat terkesan dengan ketiadaan rakannya, pelawak Yassin sejak beberapa bulan lalu.

Enggan berkongsi punca ketiadaan Yassin Yahya, Wahid bagaimanapun berkata dia dapat merasai kehilangan rakannya yang selama ini menjadi sumber rezeki buatnya.

“Bagi saya, dia (Yassin) adalah sumber rezeki untuk saya. Sejujurnya, ketiadaan Yassin membuatkan ada aktiviti saya, bukan kata Senario, tapi saya sendiri rasa bila Yassin tak ada.

“Kalau Yassin ada, mesti rezeki banyak. Sebab dia rajin mencari show. Saya tahu balik Ipoh, saya tidur, cukup masa, Yassin akan hubungi saya beritahu kita ada show.

“Dia, Azlee dan Pak Ya, Yassin dan Azlee antara yang banyak cari show untuk kami. Sebab yang lain semua pemalu,” katanya.

Wahid berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama duta Jakel di Jakel, Shah Alam, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Wahid juga meluahkan rasa terkilan apabila dia tidak dapat menghantar Yassin ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah bersama Azlee pada Oktober tahun lalu.

“Kalau tengok TikTok dan IG saya ada buat video berlatarkan lagu ‘kawan’ dan ada gambar saya peluk dia, itulah momen terakhir saya bersama dia.

“Saya tak dapat hantar Yassin dan Azlee ke airport sebelum ini untuk tunai umrah. Saya lagi terasa la sebab bagi saya, dia ada sumber rezeki saya. Dengan tanpa malunya, saya cakap dia sumber rezeki saya.

“Bila dia tak ada, sesuatu benda yang hilang bagi saya,” katanya.

Sebelum ini, ketiadaan salah seorang anggota kumpulan pelawak legenda, Senario iaitu Yassin Yahya sejak beberapa bulan lalu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Biarpun Yassin dilihat aktif dalam Instagram (IG) dengan memuat naik beberapa hantaran pada bahagian ‘story’ dan ‘feed’, setiap hari, namun ketiadaannya untuk melengkapkan anggota Senario dilihat sedikit menghampakan peminat.

Pelbagai spekulasi timbul mengenai Yassin, apatah lagi, isu pelawak popular ditahan di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan dadah sejak Oktober, tahun lalu masih belum terjawab.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya