Sokong Sissy Imann, dia tak kosong - Sherry AlHadad - Utusan Malaysia

Sokong Sissy Imann, dia tak kosong – Sherry AlHadad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pengacara popular, Sherry Al Hadad memuji gaya pengacaraan Naz Rahman dan Sissy Imann ketika menerajui pentas berprestij sebuah acara hiburan baru-baru ini.

Menuru Sherry atau nama penuhnya, Shariffah Ferry Mariam Sri Karisma, Naz dan Sissy berhasil memberi nafas baharu pada pentas anugerah yang telah menjangkau angka 39 tahun itu.

“Semasa nama Sissy dan Naz disebut, saya memang sangat gembira. Sissy juga seorang yang sangat berilmu dalam bidang muzik, jadi dia tidak kosong.

“Bila tengok Sissy dan Naz (mengacara) sangat berkelas. Mereka tahu apa yang mereka cakap dan mengacara dengan sangat elegan, ujarnya.

Tambah Sherry yang juga pelakon itu berkata, kelebihan Sissy yang mahir dalam bidang muzik itu juga menyumbang kepada kelancaran acara berkenaan.

“Untuk seorang pengacara yang baru mengacara acara besar seperti itu, Sissy nampak bersahaja dan tenang. Maksudnya, dia sudah tahu kelebihan dia. Go girl!”katanya.

Menjawab mengenai kehendak penonton yang berpendapat hos wajar menyelitkan unsur lawak ketika mengacara, Sherry berkata setiap orang perlu diberikan ruang dan peluang untuk menyerlahkan bakat mereka.

“Kita kena beri peluang kepada orang lain untuk buat (mengacara). Kalau orang tak beri peluang kepada saya dahulu, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini.

“Kita ada belajar teknik atau mekanisme cara untuk mengacara tetapi kita sendiri kena masukkan kelebihan diri.

“Masing-masing akan mempunyai signature tersendiri. Mekanisme sama tetapi cara untuk kepelbagaian mengikut diri sendiri. Semua ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing,”katanya.

Menceritkan kembali detik menjadi pengacara acara yang sama, Sherry berkata sebelum ini juga dia pernah mengalami situasi yang sama seperti Sissy ketika mengemudi acara itu.

“Masa saya jadi pengacara dengan Alif Satar, untuk acara yang sama, orang pun komen juga. Benda itu akan berlaku tetapi saya cakap dengan diri saya untuk cuba yang terbaik.

“Jangan terus menghukum kerana tidak tahu apa yang terjadi di belakang pintu,”ujarnya.

Sebelum ini, pemilihan Naz dan Sissy sebagai hos pentas acara berprestij itu mendapat respon kurang senang daripada segelintir warganet dan penonton setianya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya