Selebriti imej muslimah cuba sondol suami saya - Utusan Malaysia

Selebriti imej muslimah cuba sondol suami saya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Hampir dua tahun rumah tangga diganggu seorang selebriti muslimah, seorang wanita tampil mendedahkan sikap sebenar individu popular tersebut.

Wanita terbabit yang ingin dikenali dengan panggilan Y mendakwa selebriti berstatus ibu tunggal terbabit rapat dengannya termasuk menganggap dirinya umpama kakak angkat.

“Kami mula berkenalan dengan selebriti itu apabila dia menjadi pelanggan bisnes kami. Selepas itu, saya dan dia mula rapat sehingga saya sendiri dah menganggap dia sebagai keluarga.

“Dia sering datang ke rumah dan saya tidak mengesyaki sebarang perkara mencurigakan disebabkan imej muslimah dan sikap lemah lembut yang dia bawakan.

“Dia turut membawa anaknya bermain dengan anak kami di rumah. Sehinggalah saya rasakan sesuatu yang pelik kerana interaksi dan bahasa tubuh selebriti itu dengan suami saya sangat berbeza,” dakwanya ketika ditemui Utusan Malaysia, semalam.

Menurut Y lagi, hubungan mesra antara selebriti itu dengan suaminya kemudiannya dapat dihidu apabila Y membaca mesej mereka di media sosial.

“Saya dapat membaca mesej mereka yang mesra. Saya sangat terkejut apabila selebriti yang saya anggap sebagai keluarga, orang yang saya sangka baik dan berpenampilan suci murni memanggil suami saya dengan panggilan manja.

“Rupanya dia sudah lama mahu mendekati suami saya dan mereka telah menjalinkan hubungan istimewa selama hampir dua tahun.

“Saya bersemuka dengan selebriti itu namun dia pusing cerita. Dia menggunakan alasan agama dan mahu saya menerima dia sebagai madu. Saya sangat kesal kerana telah melayan dia seperti keluarga namun akhirnya dia tikam belakang saya,” dakwanya lagi.

Selain itu, Y mengakui amat terkilan apabila selebriti itu masih tidak ‘sedar diri’ dan terus menunjukkan usaha mahu bergelar isteri kedua.

“Dia masih berusaha, menghantar saya petikan hadith dan ayat-ayat Islamik berkenaan poligami. Suami juga memujuk agar kami duduk bertiga dan berbincang mengenai perkara ini sedangkan saya memang tak bersetuju sejak awal sehingga rumah tangga kami goyah.

“Tujuan saya tampil mendadahkan perkara ini kerana mahu menyelamatkan rumah tangga saya dan suami. Saya tak mahu bermadu dan mahu mengekalkan keharmonian perkahwinan.

“Jika selebriti itu masih berdegil, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan identiti dirinya berserta bukti dia mengganggu rumah tangga saya,” katanya.

Difahamkan, selebriti wanita berstatus muslimah itu pernah didakwa menghancurkan dua rumah tangga lain sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya