Sekarang, siapa pula Drakula dalam masyarakat kita? - Utusan Malaysia

Sekarang, siapa pula Drakula dalam masyarakat kita?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGARAH, Robert Eggers yang sebelum ini gemar bermain dengan psychological horror dari latar era berbeza meneruskan eksperimennya dengan melakukan ‘remake’ sebuah filem lagenda terbit pada 1922 bertajuk Nosferatu.

Filem asal arahan F.W. Murnau itu boleh dikatakan hidup sezaman dengan kebangkitan kesusateraan Gothic iaitu cerita yang mengangkat nuansa misteri, gelap, keusangan dan keseraman.

Ia boleh dilihat menerusi karya popular dan signifikan sehingga kini seperti Frankenstein oleh Mary Shelley dan semestinya Dracula tulisan Bram Stoker.

Kembali kepada Nosferatu, saya selalu percaya, sebuah filem bikin semula atau ‘remake’ yang baik perlu menyuguhkan sebuah persoalan berbeza. Dalam kata lain, memberi kanta baharu untuk kita melihat sesuatu. Robert berjaya melakukan itu.

Robert tidak mengangkat Thomas dan perjalannya bertemu Orlok (drakula) sebagai kisah utama.

Tetapi filem ini adalah tentang Ellen Hutter, seorang perempuan yang terbuang dari masyarakat kerana tekanan jiwa. Mengalami kesunyian yang terlalu dalam.

Ada sebuah babak di mana ibu bapanya menyuruh Ellen diamkan sahaja apa yang dalam kepalanya itu. Lebih teruk seorang doktor menyumbat mulut klorofom ketika dia sudah meracau.

Ketika semua orang mengecewakan Ellen, dia kemudian duduk di beranda berdoa ada seseorang yang mengeluarkannya dari cengkaman kesunyian.

Entah kenapa satu-satunya yang mahu mendengarkan Ellen ketika itu ialah Orlok yang jahat (drakula).

Thomas ialah watak dicipta melambangkan bagaimana masyarakat abad ke-19 berlumba-lumba mendapatkan sesuatu semasa era rovolusi perindustrian.

Dia menggunakan alasan mahu memberikan kehidupan mewah buat Ellen menyebabkannya mahu meredah laluan hingga berminggu demi mendapatkan wang lebih lumayan.

Sedangkan apa yang Ellen perlukan sebagai pengantin baru ialah peneman dan seks. Thomas kemudian terlopong, Orlok yang disangka memberikan lebih banyak wang rupanya semangat jahat yang juga mahukan isterinya.

Semua watak dalam naskhah ini ‘lapar’ dan mahukan sesuatu sama seperti masyarakat abad ke-19. Orlok lebih sial, selain lapar dia juga membunuh, menyerang dan menyebarkan kejahatan.

Satu-satunya penyembuh dalam filem ini ialah watak ahli falsafah Profesor Von Franz. Dia mahu memegang tangan Ellen
mengubati dan memahami keresahannya.

Juga menunjukkan dalam hidup mengejar materi yang membunuh empati, ilmu adalah jalan menunbuhkan semula kemanusiaan.

Dari seorang perempuan merintih di beranda kerana kesunyian. Ellen kemudian menyedari tiada siapa boleh menyelamatkannya selain dirinya sendiri. Dia merancang strategi pembalasan dendam dan menumpaskan Orlok dengan kudratnya sendiri.

Pengalaman menonton Nosferatu sedikit aneh, tidak selesa namun candu sekali.

Robert kembali mengingatkan dalam seruan atas nama kemajuan, adakah kita sedang menyerahkan tenguk sendiri dibunuh pemilik kuasa, sedangkan di atas sana membikin rencana siapa lagi mangsa seterusnya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya