Saya wanita tulen, bukan transgender - Yazmin Aziz - Utusan Malaysia

Saya wanita tulen, bukan transgender – Yazmin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pempengaruh sensasi, Yazmin Aziz, 24, tidak menolak bahawa imej dan penampilannya seringkali disalah sangka sebagai lelaki transgender oleh pengikut yang baharu di media sosial.

Menurut Yazmin atau nama sebenarnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz, perkara itu bagaimanapun tidak membuatkannya berkecil hati kerana menganggap kemungkinan ada pengikut yang terkeliru.

“Saya rasa kemungkinan kerana saya ini lantang. Saya ini kan ada darah Melayu campuran Filipina, jadi memanglah suara kuat dan agak agresif macam itu apabila bercakap.

“Jadi disebabkan itu, adalah netizen yang ragu-ragu sama ada saya ini wanita tulen atau pun tidak. Orang lain kena pasal isu ‘cross-dressed’, saya yang memang perempuan berbaju wanita pun tetap terkena,”katanya.

Yazmin berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Terdahulu, Yazmin menerusi satu video di Instagram berkongsi mengenai pertanyaan pengikut yang menyangka dirinya merupakan seorang lelaki transgender.

Selain itu, bekas peserta program Big Stage musim keempat ini berkata, dia tidak melihat caranya bergaya dan berpakaian sebagai seorang selebriti menjadi punca kekeliruan mengenai jantina itu berlaku.

“Saya tak rasa disebabkan pakaian. Sebab saya pakai apa-apa pun memang akan ada orang cakap macam itu. Mungkin sebab Allah kurniakan dan hadiahkan saya wajah yang berbentuk hati dan bujur ini agaknya.

“Tak mengapalah, saya tak simpan dalam hati pun. Saya cakap sahaja semula pada mereka yang saya ini wanita tulen. Bukannya saya perlu kemukakan bukti terunggul di media sosial pun.

“Janji kita tahu kita ini ‘natural’, “katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan kerjaya, Yazmin memaklumkan kini sedang merancang untuk menghasilkan sebuah video muzik lagu terbaharunya.

“Perkara itu masih dalam perancangan sebab kita masih lagi mempertimbangkan lokasi yang sesuai. Ada yang dilakukan di KL dan mungkin juga akan dijayakan di luar ibu negara.

“Selain itu, saya juga fokus dengan penghasilan bahan kandungan media sosial termasuk menulis beberapa buah lagu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya