Saya pilih hidup bersederhana sekarang - Malek Noor - Utusan Malaysia

Saya pilih hidup bersederhana sekarang – Malek Noor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selebriti dan bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor, 68, mengakui kini memilih untuk hidup sederhana demi ketenangan meskipun suatu ketika pernah merasai dunia glamor dan disimbahi populariti.

Menurutnya yang mesra disapa sebagai Malek Noor, dia bagaimanapun terharu kerana masih ada yang mengenali dan bersyukur atas penghargaan yang diberikan peminat.

“Sudah pernah mengecap glamor dalam dunia seni, jadi sekarang lebih selesa untuk bersederhana dan lakukan apa yang saya suka. Misalnya terlibat dalam dunia perniagaan, motivasi dan sebagainya.

“Tidak dinafikan kadang-kadang bila ada yang masih lagi kenal dan menegur, saya jadi segan. Sebab sebenarnya kalau di luar kamera, saya seorang yang pemalu. Terbawa-bawa sikap itu sejak kecil.

“Malah kalau ada yang sebut mengenai perhargaan yang pernah saya terima sepanjang aktif dalam sukan bina badan pun, saya rasa segan,” katanya.

Bekas peserta The Masked Singer Malaysia 3 itu berkata demikian pada Majlis Cahaya Ramadan @KL Steamboat & Grill 2025, baru-baru ini yang turut menyaksikannya sebagai duta bagi premis makanan berkenaan.

Dalam pada itu, Malek Noor bagaimanapun mengakui masih terbuka untuk menerima tawaran lakonan yang bersesuaian.

“Sekarang dengan perkembangan media sosial, ada klip lakonan filem kita dulu-dulu yang disiarkan balik. Ada kenalan yang menghubungi dan teruja bila menonton. Apa pun berterima kasih dan saya hargai sebab masih ada yang mengenali.

“Cuma kalau bab tawaran, Insya-Allah saya okay, asalkan watak yang bersesuaian dengan peringkat usia saya sekarang.” katanya.

Sementara itu, @KL Steamboat & Grill yang diusahakan oleh empat usahawan iaitu Mohd Zulkifli Mohd Talib, Mohd Farid Jamaluddin, Mohd Samsul Mior Atan Ahmad, dan Mohd Halmie Mior Atan Ahmad, komited untuk menawarkan pengalaman berbeza dalam dunia restoran di Kuala Lumpur.

Meskipun konsep steamboat dan grill sudah popular di negara ini, mereka optimis untuk mencipta suasana lebih menarik dengan elemen hiburan seperti persembahan busking secara langsung setiap hujung minggu.

Selain menyajikan makanan laut segar dan berkualiti tinggi, restoran ini turut menawarkan pelbagai menu lain dengan harga berpatutan, termasuk promosi istimewa sepanjang Ramadan tahun ini.

@KL Steamboat & Grill yang terletak di Jalan Mengkudu, Kuala Lumpur ini dibuka setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya