Program realiti kalau sama susah tarik minat penonton - Faizal Tahir - Utusan Malaysia

Program realiti kalau sama susah tarik minat penonton – Faizal Tahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN LALANG : Penyanyi, Faizal Tahir,46, tidak menolak bahawa rancangan realiti masa kini seolah-olah kehilangan ‘taringnya’ sehingga tidak lagi mampu mencetuskan fenomena seperti sebelum ini.

Menurut Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Muhammad Tahir, hal itu kemungkinan berpunca daripada perubahan teknologi dan perkembangan semasa yang menyaksikan banyak sudut pandangan boleh diambil kira.

“Saya tak nak cakap program realiti sekarang sendu, tetapi secara jujurnya, saya sendiri kurang berminat menonton sebab konsepnya masih sama.

“Saya dah melalui pengalaman itu. Kalau masih ada (pertandingan realiti), biarlah ada kelainan. Kalau saya tengok dan rasa ‘wow, lain eh sekarang’, itu baru menarik. Tapi kalau sama saja, susah nak tarik minat.

“Dulu, YouTube tak macam sekarang. TikTok pun belum ada. Waktu itu, kalau nak tunjuk bakat, perlu hadir sesi ujibakat. Sekarang, semua orang boleh cipta platform sendiri,” katanyaz

Jelas penyanyi dan komposer ini lagi, program realiti suatu ketika dahulu berjaya mencuri perhatian ramai kerana memberi peluang kepada penonton menentukan pemenang yang juga artis kegemaran mereka.

“Dulu orang suka sebab rasa terlibat dengan pemilihan artis. Mereka rasa berkuasa.

“Mereka boleh undi siapa yang mereka mahu dan sanggup habis beribu asalkan artis pilihan mereka menang. Itu antara sebab program realiti dulu meletup.

“Kalau saya nak betul-betul mahu jawab perihal ini, senang saya akan cakap Itu hak masing-masing. Kalau memang ada duit nak buat program, buat sahajalah,” katanya.

Faizal berkata demikian ketika ditemui pada majlis Kenduri Pelancaran Album & Jamuan Makan Let Zapin: Jati Diri, di sini, semalam.

Sementara itu, berkongsi mengenai album baharunya yang berjudul Jati Diri, Faizal berkata ia merupakan hasil kerjasama bersama penerbit muda, Glowrush.

Katanya, dia dan Glowrush ingin dikenali sebagai duo Let Zapin yang mengetengahkan muzik berentak moden tradisional.

Menariknya, pelancaran album kali ini mengetengahkan tema kenduri kendara dan rewang, bukan sekadar untuk acara, tetapi sebagai simbol budaya serta nilai perpaduan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya