Nyanyian Nadeera ‘solid’, ada potensi menang - Shafinaz Selamat - Utusan Malaysia

Nyanyian Nadeera ‘solid’, ada potensi menang – Shafinaz Selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:Juri dan jurulatih vokal terkemuka tanah air, Datuk Syafinaz Selamat, 53, tidak ketinggalan meramalkan Nadeera Zaini sebagai penyanyi berpotensi membawa pulang trofi Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, malam ini.

Menurut Syafinaz, berdasarkan pengamatan dan pengalamannya menonton persembahan Nadeera, penyanyi itu baginya mempunyai nada vokal yang penuh atau ‘solid’ sekaligus memungkinkan kemenangan mampu berpihak kepadanya.

Bagaimanapun, melihat kepada barisan peserta lain, pertandingan pada malam ini disifatkan Syafinaz sebagai sangat sengit dan mencabar setiap penyanyi hebat yang terlibat.

“Saya rasa antaranya ialah Nadeera, Hael, Ernie Zakri dan Aina Abdul. Tetapi tengok pada barisan peserta, boleh dikatakan ramai penyanyi hebat dan kuat bertanding pada malam ini. Ada yang empat kali menang AJL juga.

“Tetapi kita tak tahu apa yang bakal berlaku, andai kata penyanyi itu gementar atau apa. Namun, saya nampak Nadeera antara penyanyi yang ‘solid’ nyanyiannya.

“Saya pernah tonton dan dengar persembahannya secara live sebelum ini dan nyanyiannya sangat stabil. Harapnya dia tidak gementar sebab ketika berada di pentas yang besar, sesiapa sahaja boleh berhadapan dengan situasi begitu,”katanya.

Bagaimanapun, kata Syafinaz, apa yang penting penyanyi itu berusaha memberikan yang terbaik kerana peminat juga hadir untuk menikmati persembahan daripada penyanyi kesayangan masing-masing.

Dalam pada itu, Syafinaz juga tidak menolak bahawa ada antara peserta AJL menemui dirinya untuk mendapatkan tips dan nasihat sebelum bertanding.

“Ada yang dayang jumpa saya minta tips. Saya juga galakkan mereka pergi kelas vokal dan buat persediaan secukupnya. Paling utama, seminggu sebelum pertandingan, mereka perlu mendapatkan rehat yang cukup.

“Sebabnya, kalau kita sakit, buat apa pun, show macam mana pun kita tak dapat kawal jika suara sakit. Jangan buat persediaan di saat-saat akhir.

“Saya faham ada antaranya mahu cari makan dan ambil show tetapi saya fikir, jika masuk pertandingan besar seperti AJL, fokus itu penting supaya kita sebagai penyanyi dapat kepuasan itu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya