Neelofa sudah jalankan tanggungjawab tegur kelakuan Ameera

Neelofa sudah jalankan tanggungjawab tegur kelakuan Ameera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa, mengakui sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kakak untuk menasihati adiknya, Ameera Khan.

Katanya, ia terutama berhubung isu kelakuan adiknya itu yang dikatakan terlalu ghairah mempamerkan kemesraan dengan kekasihnya, aktor popular Indonesia, Jefri Nichol, di media sosial.

Namun, menurut Neelofa, tentang bagaimana caranya menasihati Ameera tidak perlu dicanang kepada orang ramai kerana perkara itu lebih molek dilakukan sesama keluarga sahaja.

“Sebenarnya tidak elok untuk saya bercakap apa-apa mengenai perkara ini dan saya tidak mahu komen pun berkenaan ini (Ameera dan Jefri).

“Tetapi saya cuma mahu anda tahu, sebagai seorang kakak, saya sudah pun buat bahagian saya. Saya tahu apa yang sesuai untuk saya buat.

“Saya rasa apa yang kami (keluarga) cakap kepada Ameera tidak perlu dimaklumkan kepada umum,”katanya.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui selepas majlis The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur , semalam.

Selain itu, Neelofa berkata, kecaman netizen terhadapnya sebagai kakak yang kini sudah berubah ke arah kebaikan tidak mengganggunya.

“Benda ini tidak mengganggu saya
Alhamdulillah. Tetapi bukan bermakna kami tidak peduli teguran mereka, kami cakna” katanya.

Dalam masa sama, Neelofa juga meminta supaya orang ramai tidak terus mengecam dan mendoakan yang baik-baik buat Ameera.

“Janganlah kecam (Ameera). Kalau suka atau tak, tolong doakan yang baik-baik. Susunan takdir Allah boleh diubah menjadi baik dengan doa.

“Kami adik-beradik nak yang terbaik untuk semua,” ujarnya.

Sebelum ini, Ameera menerima kecaman hebat apabila memaparkan aksi mesra yang dianggap keterlaluan bersama Jefri.

Lebih mengejutkan apabila aktor itu memuat naik satu video yang menunjukkan dia sedang mencium pipi Ameera.

Dalam perkembangan lain, Neelofa menzahirkan rasa syukur selepas menerima Anugerah Wanita Inspirasi pada Anugerah Ibu Zain 2025.

Kongsi Neelofa, itu merupakan satu
tanggungjawab besar buatnya memandang sebagai seorang figura yang dikenali ramai, dia tidak menolak bahawa tindakan dan gerak gerinya sering mendapat perhatian ramai.

“Saya sangat berbesar hati menerima anugerah ini. Saya rasa perjalanan untuk memberi inspirasi kepada orang bukanlah senang.

“Macam saya, perlu menghadapi pelbagai ujian, kecaman dan kritikan sepanjang perjalanan saya untuk memberi inspirasi,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN